Tuesday, September 14, 2010

Mengapa Manusia Kegelisahan...???



Salam lebaran coretan bermula,hari lebaran baru mengunjung tiba.Sudah lama diri ini tidak mencoret kata-kata.Jauh dri suduh hati mahu meninggalkannya.Selawat dan salam keatas Nabi junjugan Rasulullah s.a.w. ,ahli keluarga baginda,dan para sahabat.

Lumrah manusia tidak dapat dipisahkan dari bersifat emosi. Samaada diselubungi perasaan takut,suka,sedih,dan pelbagai perasaan yang bercampur baur kegembiran dan kedukaan. Kadang-kadang manusia sering lebih beremosi apabila ditimpa musibah terhadap diri,keluarga terdekat dan kepada orang yang disayangi.Tetapi manusia jua sering terleka apabila diberi nikmat kehidupan yang sangat berharga apabila tiba waktu dikejutkan dengan musibah manusia mula ingat pada yang menciptakannya.

Jika direnungkan didalam lembaran cinta Maha Pencipta kepada kita hambaNya,yakni kitab suci Al-quran.Allah s.w.t telah mengingatkan didalam surah al-baqarah ayat 155.Bermaksud:

" dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar"

Ayat diatas jelaslah menunjukkan kepada kita punca manusia sering mengalami kegelisahan kadang kala jika kurangnya iman didada sering berlaku perkara-kara yang tidak diingini oleh manusia yang berakal waras. Pada ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita,pada awal ramadhan ayat ini sering dibaca oleh imam masjid mahupun surau.Adakah kita yang menjadi ma'mum pada ketika itu sedar ape yang mahu ayat ini beritahu kepada kita??

Kunci kepada kegelisahan yang sering melanda manusia adalah kesabaran.Sabar adalah kunci yang penting kerana jika kita leka dari menahan diri dari mengikut hawa nafsu amarah mungkin kesempatan ini akan dicuri oleh syaitan yang telah berjanji menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Didalam surah al-ma'arij ayat 19-22 yang bermaksud:

"sungguh manusia diciptakan bersifat keluh kesah"(19)
"apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah"(20)
"dan apabila mendapat kebaikan (harta)dia jadi kikir"(21)
"kecuali orang-orang yang melaksanakan solat"(22)

Ayat diatas sudah terang lagi disuluh,mengambarkan sifat manusia yang bersifat keluh kesah dan mudah menjadi kikir apabila mendapat kebaikan tapi apabila ditimpa musibah akan dihantui oleh sifat gelisah.tetapi Allah telah membari petunjuk yang nyata kecuali bagi hamba-hambaNya yang menlaksanakan solat.

Allah juga telah menkhabarkan berita gembira melalui ayat 139 dari surah ali-imran yang bermaksud:

" dan jaganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjat)jika kamu orang yang beriman".

Berita ini khas buat orang-orang yang beriman.Inilah ayat yang dapat mengubati hati kita yang sering lemah melalui jalan-jalan serta liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Kehidupan yang semakain mendesak kita agar hidup lebih selesa tapi hakikat sebenar Islam mengajar kita agar bersifat Qana'ah (rela dan menerima pemberian Allah subhanahu apa adanya).Sukar untuk memupuk sifat ini tetapi kita sebagai hamba-hambaNya perlu cuba sedaya upaya memupuk sifat ini didalam diri kita agar kita hidup lebih tenang.

Ketenangan bukanlah boleh dijual beli atau pun mahu dibeli dimana-mana tetapi ia adalah hak Allah untuk memberi kepada hamba-hambaNya yang diberi taufiq serta hidayah yang paling mahal harganya yang tidak bisa ditukar ganti.kita sebagai hamba yang lemah ini hendaklah sentiasa meminta kepada Allah s.w.t yang Maha Esa. Seringkali kita tertipu pada diri sendiri bahasanya kita merasakan kita sangat mengenali diri sendiri pada hakikatnya Allah lebih mengenali diri kita kerana Dia yang mencipta kita. Maka kembalilah kepada Dia agar kesempatan kehidupan yang diberi memberi seribu satu kesempatan kepada kita untuk kembali bertaubat kepadaNYa.

semperna syawal ini kita banyakkanlah muhasabah diri adakah kita benar-benar tahu tujuan kita dihidupakn agar kita tidak terlalu gelisah dengan dunia.Brtukarlah kegelisahan kita itu kepada kegelisahan kepada hal akhirat agar gelisah itu berbuah IBADAH kepada kita.

Setakat ini dahulu coretan yang tidak seberapa.Mohon agar Allah sentiasa menetapkan kita hati-hati kita keatas agama (Islam) dan melaksanakan ketaatan kepadanya.amin..
Wallahualam..



2 comments:

mawarberduri said...

masya Allah akk.. perkongsian ilmu y SANGAT bermanfaat syg...

syukran jiddan! merci beaucoup :) terima kasih byk :) tq very much :)

ameen utk doaY di akhir kalam itu, ameen ya Rabb :)

soutul muslimah said...

bila kita gelisah itu tandanya ia adalah sentuhan tarbiah dari Allah..jika kita merasakannya...betapa manisnya ibadah serta tanda ingat kita kembali kepada Allah..mengapa semua mengangis sedangkan aku sering tersenyum..kesat air matamu..Allah beri kesempatan ini..lakarkan beribu kenangan moga tarbiah yg diberi Allah akan terlakar seribu kenangan yg tdk akan dilupakan...
waallahualam..