Saturday, December 19, 2009

Tarbiah itu mahal harganya...


Bismillahirahmanirrahim...

Dengan nama Allah yg amat pemurah lagi amat penyayang...selawat dan salam diatas junjungan Rasul kekasih Allah dan juga dicintai dan disayangi oleh semua umatnya Nabi Muhammad s.a.w.,para sahabat dan sekalian ahli keluarga baginda.semoga Allah melimpahkan segala Rahmat serta kasih sayang Nya yang tidak terhingga kepada sekaliannya.


Bicara tarbiah mencoret kembali setelah lama menghilang diri.bukan lupa untuk berbicara,tetapi masa yang tidak mengizinkan bicara tarbiah untuk berbicara.alhamdulillah kini diberi izin berbicara kembali.kembali berbicara mengajak pembaca sama2 merenungkan kembali harga sebuah tarbiah yang mahal harganya dan tiada tukar gantinya dengan dunia dan isinya.kata-kata ini bunyinya amat mendalam tersirat yang sukar dirungkai.tetapi hanya orang yang merasai halawah ditarbiah sahaja tahu kemanisan sebenar ditarbiah.


tarbiah yang termahal adalah datangnya terus dari pencipta yang satu.Allahurabbi.mengharungi mehnah kehidupan pabila Allah mendatangkan ujian yang berat kpd kita insan yang lemah untuk menghadapi ketentuan Allah...Allahuakbar..hanya iman yang kuat dihati shj bisa menerima segala ujian yg berat serta Qodo dan qodar Allah kpd kita.apa jua ujian yang mendatang terus dari Allah adalah ujian bukan diduga ia datang dan bukan jua dipinta tetapi Allah lbh tahu ape ynag terbaik untuk hamba-hambaNYA.


Kita selalu merancang dan Allah jua merancang.Sesungsunhnya rancangan Allah adalah yang terbaik.pabila iman dihati senipis halaian bawang sukar jua untuk menerima ujian...Tetapi pabila iman dan taqwa Allah campakkan..redhalah jalan terbaik untuk kita menghargai tarbiah yg mahal serta berharga yang datangnya terus dari Allah Taala.


Diri akan terasa tenang...bukan buat2 tenang tetapi bila redha denganNYa.Allah akan campakkan perasaan ketenangan ini.NIkamat ketenangan adalah satu nikmat berharga pabila kita punyai agama sebagai pegangan.Ketenangan rasanya seperti kita merasa kemanisan gula yang tidak dapat kita ukirkan srta ceritakan hanya dapat dirasai kpd tuan yang merasakan.


Allah itu maha adil..jika kita berpegang dengan janji-janjiNya..Allah x pernah mungkiri janji-janjiNya...tetapi kita manusia bila berjanji sukar kita kotakan.


biarpun ape jua tarbiah yang datang terus dari Allah ia sangat berharga.bicara mendalam ini untuk smua renung dan fahami.


akhir kalam..pabila thu dri medapat tarbiah terus dari ilahi.hargailah ia sperti kita menyayangi diri.


salam tarbiah dari diri yang dhoif disisi ilahi.

Tuesday, November 24, 2009

ASSALAMUALAIKUM..

Ya Allah engkau telah ambil hamba Mu yang telah bnyak menaburkan jasanye terhadap agama Mu..

Ya Allah walau pun beliau pergi diri ini yakin bahawa engkau telah mencari penganti sebaik dia.

Ya Allah jadikan diri ini istiqamah dalam berjuang dalam menegakkan agama Mu..

walau engkau memberi ujian mehnah dan tribulasi seperti mana pun Engkau tetapkan diri ku ini..

campakkanah dalam dri ku satu perasaan redha terhadap semua ketentuan Mu serta keyakinan yang betul-betul mantap pada janji-janji Mu

Ya Allah....


ALOR SETAR, 23 Nov: Penasihat Persatuan Ulamak Kedah (PUK), Syeikh Abu Bakar Awang Al-Baghdadi menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi tadi di Hospital Sutanah Bahiyah, dekat sini lantaran sakit tua.
Al-Marhum Syeikh Abu Bakar,84, semasa hayatnya bersama Al-Marhum Syeikh Niamat Yusoff mengasaskan Maahad Tarbiyah Islamiah Derang (MTID) seawal 1980. Beliau menjadi Syeikhul Perkampungan Maahad Derang sehingga akhir hayatnya.Sebelum itu, kedua tokoh terkenal ini berkhidmat di Maahad Mahmud, bersama-sama dengan bekas Presiden PAS, Al-Marhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Ustaz Abu Bakar adalah pelajar awal Pondok Tuan Guru Haji Yahya Al-Junaid di Batu 16, Padang Lumat, Kedah.



(Gambar: Abu Bakar dengan anak-anak muridnya)Beliau menyambung pengajian agama di sebuah universiti di Baghdad, Iraq. Empat tahun kemudian datang pula bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin belajar di tempat sama.Sebaik kembali dari Iraq, beliau yang berasal dari Perlis telah diamanahkan menjadi calon PAS dan bertanding dua kali di Dun Kayang, Perlis.Ketika dihubungi di hospital, Mudir MTID, Syeikh Abdul Majid Abu Bakar An-Nadwi berkata, jenazah akan disolat dan dikebumikan di perkuburan Masjid Raudhatus-Solehin, Derang bersebelahan sahabat karibnya, Ustaz Niamat.Ustaz Abu Bakar yang mempunyai hubungan darah dengan tokoh ulamak negara, Dato’ Dr Haron Din sangat mahir dalam bidang Feqah Muamalah dan menulis beberapa buku ilmiah mengenainya. Beliau meninggalkan empat cahayamata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.Ketika dihubungi Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengucapkan takziah mewakili PAS negeri itu dan menyifatkan pemergian Ustaz Abu Bakar sebagai satu kehilangan besar kepada agama dan negara.Sementara itu, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azri Ahmad mengesahkan, Ustaz Abu Bakar menjadi Timbalan Ketua dewan itu dari 1995 hingga 2000 di bawah Al-Marhum Ustaz Azahari Abdul Razak.“Dewan Ulamak PAS Kedah juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini yang berkorban jiwa raga di atas jalan perjuangan kebenaran, semoga Allah SWT mencucuri Rahmat-Nya ke atas rohnya,” ujar Azri.


wsalam
salam tarbiah jiwa...



Monday, October 5, 2009

Kembali Bermuhasabah dri...

Antara Mata dan Hati

Dari mata turun ke hati,itulah yang sering kita dengar, tak terkendalinya mata mengakibatkan tak terkendalinya hati, mata yang kotor membuat hati kian busuk, maka bila kita merindukan hati yang bening, hati yang indah, hati yang sungguh nyaman dan akrab dengan Allah ,maka jagalah pandangan jagalah dari apapun yang diharamkan Allah maka mata hati kita akan menembus menatap kebenaran merasakan indah nya karunia Allah, merasakan indahnya hidup dalam naungan kasih sayang Allah swt.

Bila melihat alam yang indah ini tidak terasa kebesaran Allah bila mendapat musibah lupa dirinya hamba nikmat yang datang tiada disadarinya sepatutnya rasa malu kepadaNya karena anugrah kepada kita membuat rasa kekesalanNya

Buta hati lebih berbahaya buta mata tidak nampak dunia buta hati tidak nampak kebenaran buta hati ditipu nafsu dan syaitan bahkan dilupakan saja semua orang rasa bangga dengan dosa bila menyebut neraka tidak terasa akan bila menyebut surga tidak terasa akan nikmatNya
itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta....

sama2 lah kita renungkan...

Friday, September 25, 2009

kampus menanti kepulanganku...

Assalamuaalaikum...

alhamdulillah seminggu bercuti raya dirumah...mlm ni insyaallah nak kena balik kampus dah..bnyak tugasan menanti dan bakal menempuhi final exam lagi sebulan,dah x lama dah.ape2 pun nak ucpkan tahniah kpd shbt sebacth spm06 & stam07 yg dah pun berangkat ke bumi barakah mesir..x lupa juga kepada adik2 spm07 & stam08 yg bru je barangkat semalam.


kpd shbt2 dan adik2 yang berada di mlysia ni..ingatlah Allah telah mmilih kita untk terus berjuang disini.Dimana jua kita menuntut ilmu jika kita betul2 ikhlas mencari ilmu insyaallah kita akan ketemui keberkatan menuntut ilmu.Disini ana ingin berkongsi pesanan terakhir shbt ana sblm dia berangkat:


" MAN ZAADA 'ILMA WA LAM ZADAD HUDA,ZADA MINALLAH ILLA BU'DA"
SHBT2...DENGAN ILMU KITA MULIA DI SISI ALLAH. TAPI DENAGN SYARAT SEIRING DENGAN HIDAYAH-NYA.JGN SESEKALI MNGUKUR SIJIL BERTIMBUN @ LAMA MGAJI!!! SEBALIKNYAILMU YANG ITULAH DIAMAL UNTUK MENCAPAI KEBERKATAN"...


mungkin kata2 ni agak biasa jika kita baca...tapi bacalah dengan hati.ana doakan kepada semua shbt2 walaupun dimana antum brada semoga terus thabat dan istiqamah dalam berjuang..samada berjuang menuntut ilmu dan berjuang menyebarkan serta menegakkan agama Allah Taala.

drp ana yg dhoif,

bintun mansor,thn2 ijazah usuluddin udm,kampus kusza.

25/9/09jumaat...4.58pm

wsalam...

Friday, September 11, 2009

NAK SYAFAAT NABI JUNJUNGAN KITA????

ASSALAMUALAIKUM....

SEMPERNA RAMADHAN YG MULIA INI,ALHAMDULILLAH KITA TELAH MASUK 10 MALAM TERAKHIR.MARILAH SME2 KITA MENCARI KEREDOAN ALLAH TAALA.SUKA DISINI ANA MNGAJAK PARA PEMBACA BLOG PERBNYAKKAN BERSELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.....




ANTARA SELAWAT YANG BOLEH DIAMALKAN..

SELAWAT TAFRIJIAH


اللهم صلى صلاة كاملة وسلم سلام تاما على سيدنامحمد تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقض به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى اله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك


BERMAKSUD:


WAHAI ALLAH RAHMATILAH PENGHULU KAMI MUHAMMAD DENGAN RAHMAT YANG SEMPURNA DAN SEJAHTERAKANLAHIA DENGAN KESEMPURNAAN YG SEMPURNAAN DAN LERAI DENGANNYA SEGALA IKATAN DAN TERBEBAS DARINYA SEGALA KESEMPITAN DANTERTUNAI DENGANNYA HAJAT DIPEROLEHI DENANNYA KEINGINAN DAN MENINGGAL DUNIA DALAM HUSNUL KHATIMAH DAN DIBERI MINUMAN DENGAN AIR DARI LANGIT DENGAN BERKAT WAJAH-MU YANG MAHA MULIA DAN RAHMATILAH AHLI KELUARGADAN PARA SAHABATNYA DALAM SETIAP KELIPAN MATA DAN TARIKAN NAFAS DENGAN BILANGAN YG ENGAU KETAHUI.

Thursday, September 3, 2009

HANYA ALLAH YG TAHU....


Segalanya Kerana Niat



Menjelang ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.
Ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan kekentalan jiwa yang dibina di atas niat yang ikhlas dalam perjuangan hidup di atas muka bumi ini. Hidup yang berteraskan keyakinan bahawa setiap kita akan mengadap Allah s.w.t, dan Dia menghisab segala amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan.
Perjalanan hidup insan sebenarnya mewakili apa yang tersirat dalam jantung hati, atau niatnya. Perbuatan yang dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup seseorang insan. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat.
Justeru dalam hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Salah Faham
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).
- Gambar Hiasan
Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:
Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).
Salah Niat
Penegasan niat sering kita sebutkan apabila hendak solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah khusus yang lain. Malangnya, itu pun dengan konsep yang ‘silap’ seperti yang dijelaskan oleh dua tokoh ilmuwan di atas. Sehingga ada yang mempersendakan konsep niat dengan membuat ungkapan-ungkapan yang kononnya mewakili niat, walaupun ada maksud tersirat yang lain.
Berapa banyak operasi kewangan yang menggunakan nama ‘Islam’ dengan berbagai lafaz ketika akad, tetapi maksud yang tersirat berbeza dengan lafaz di lidah. Maka berbagai keuntungan yang sebahagiannya mempunyai unsur penindasan dan kesamaran dibuat atas nama Islam dengan kata-kata yang indah, walaupun niat sebenar amat berbeza. Sebabnya? Orang kita faham niat itu bermaksud lafaz.
- Gambar Hiasan
Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. Inilah yang menjadi antara tujuan utama pendidikan Ramadan. Justeru itu Nabi s.a.w menyebut dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Puasa adalah manifestasi keikhlasan yang ada dalam jiwa. Tiada siapa yang boleh tahu seseorang benar-benar puasa atau menipu melainkan Allah. Puasa bukan pergerakan jasad yang boleh dilihat, tetapi pengawalan dalaman diri yang hanya diketahui oleh Allah.
Jika ruh puasa dibawa dalam kehidupan, maka pasti banyak masalah umat Islam hari ini dapat diselesaikan. Umat kita hari ini fakir dan miskin ‘niat yang ikhlas’ dalam banyak keadaan. Walaupun niat tidak dapat kita lihat, namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan insan mampu memberikan tanda atau menafsirkan niat yang tersirat.
Kita kemarau keikhlasan dalam ilmu, pergaulan, persaudaraan, politik, muamalat dan berbagai cabang kehidupan. Inilah krisis kita. Setiap kita, termasuklah yang menduduki tempat yang penting dalam masyarakat menyimpan niat yang berbagai. Politik umpamanya, sepatutnya setiap individu yang terlibat dalamnya, mengikhlaskan niat kerana Allah, dengan itu maka semua tindakannya dipastikan memenuhi tuntutan keperluan umat dan rakyat.
Namun, apabila ahli-ahli politik muslim menempatkan niat yang lain, maka tujuan politik yang sepatutnya menuju kepada kepentingan umat dan rakyat bertukar menjadi agenda parti atau peribadi yang akhirnya menyusahkan rakyat. Demikian juga urusan agama, sepatutnya ilmu Islam itu membimbing manusia memahami kehendak al-Quran dan Sunnah, tapi telah dijadikan agenda peribadi untuk mengaut untung, atau perniagaan, atau kuasa atau seumpamanya, akhir agama menjadi alat pencapai matlamat peribadi dan kumpulan. Maka, politik tidak mengenai tujuan, urusan agama pun tidak mencapai matlamat.
Hari ini kita melihat banyak pihak yang seruannya indah, bahkan sebahagian menggunakan nama Islam, tetapi jalan dan tindakannya amat berbeza dengan ajaran Islam. Apa sebabnya? Semuanya kerana niat. Slogan memang cantik, ramai yang boleh buat dan ada-adakan, namun niat siapa yang tahu?
Article printed from Minda Tajdid: http://drmaza.com/home
URL to article: http://drmaza.com/home/?p=704

Friday, August 21, 2009

NAHNU ANSORULLAH





AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN- Salahuddin Al-Ayyubi



"AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara.Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah. Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa' Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula mengenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain,mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam. Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam. Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis. Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam.Salahuddin al-Ayyubi umpamanya seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah. Peperangan `Hutain' yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah. Sebab-sebab kemenangan di situ adalah banyak. Yang utama ialah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sendiri kerana beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah memenuhi keseluruhan jiwanya, perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah Islam dan tidak beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau seorang yang amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan makanan, membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian pada mata benda dunia sama ada harta, istana atau lain-lainnya sehinggalah apabila beliau wafat tidak meninggalkan sebarang harta. Tidak ada emas atau perak di dalam simpanannya kecuali satu Dinar empat puluh tujuh Dirham sahaja. Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi didalamnya.Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah. Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masaperang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur" Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam petirahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!! Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar 589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya membebaskan Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun.

>>>sahabat-sahabat sekalian, sama2lah kita imbas kembali sirah nabawiyyah.. .betapa tingginya semangat juang Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam dan para sahabat demi kemenangan Islam tercinta...
Kepalkanlah tinjumuAyunkanlah kakimuPekikkan takbir ALLAHu akbarPasukan ALLAH berjuangTuk membangun peradabanMeninggikan 'izzah islamMenorehkan simbol kejayaanSinar mentari yang terangMenambah semangat juangMujahid gagah perkasaMengguncangkan seisi duniaApi jihad terus membaraCita syuhada berkobarKesombongan kan binasaJayalah islam kan jayaKepalkanlah tinjumu..Ayunkanlah kakimu...Pekikkan takbir ALLAHu akbarPekikkan takbir ALLAHu akbarALLAHu akbar..ALLAHu akbar..ALLAHu akbar!

Monday, June 29, 2009

MARI KITA SAMA2 RENUNGKAN!!


Syirik kecil?????


Rasulullah S.A.W bersabda


" Sesungguhnya kebimbangan yang sangat membimbangkan atas umatku adalah syirik kecil. "Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah , apakah syirik kecil itu?" Jawabnya : "Riya' . Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat ketika memberikan balasan kepada manusia dengan balasan yang sesuai dengan perbuatannya : " Pergilah kepada orang-orang yang telah kamu berbuat riya' terhadap mereka di dunia , lalu lihatlah apakah kamu mendapat balasan di sisi mereka,"


(HR.Ahmad).


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Wednesday, June 17, 2009

APE YE TGAS KITA???????

Daie dan Posmen

Menyedari diri yang ditaklifkan dengan amanah berat seorang khalifah, terkadang diri merasa tidak mampu. Dengan segala kekurangan yang meliputi diri, ramai yang menolak untuk memikul tanggungjawab ini. Namun, berkat rahmat dan kasih sayang-Nya…Dia membukakan pintu hati untuk melangkah ke depan, mempermudahkan segala urusan, melicinkan segala perancangan dan menunjukkan jalan… sehingga berkat usaha dan penat lelah, maka terbinalah wajah-wajah baru yang memancarkan cahaya Islam yang dulunya diliputi kabut dan debu Jahiliah. Betapa lemahnya seorang hamba, pelupa sifatnya….terkadang diri merasa begitu berjasa. Bisikan syaitan pastinya sentiasa cuba menyesatkan anak Adam tidak terlepas yangbergelar para da’I dan da’iah.
Tatkala melihat anak didik yang dulunya jahil, jauh dari kehidupan islam mula mengenal tentang Islam, lantas mengorak langkah mendaki anak tangga menuju keredhaan Ilahi, dan menapak bersama di jalan dakwah hati mula berbunga-bunga…syaitan mula menyucukkan jarumnya, di hati para da’i. “wah, hebatnya dia sekarang. Kalaulah bukan kerana usahaku dulu tentu dia masih lagi
…….” “wah, hebat anak halaqahku, berkesan rupanya didikanku selama ini” ….
Dan berbagai lagi bisikan lain, semuanya bertujuan memesongkan tujuan sebenar seorang da’I berada di jalan da’wah. Para murabbi mula mengira-ngira sudah berapa ramai anak didik yang berjaya di sedarkan dan dikembalikan, mengira-ngira begitu banyak jasa ditabur buat umat manusia… Menerbangkan mereka dalam angan-angan dan ta’jub pada diri…sehingga tujuan sebenar untuk mencari keredhaan Allah mula dikaburi oleh puja dan puji manusia.
Demi mengelakkan dari semua fitnah-fitnah syaitan ini, seorang da’I itu perlu menyedari bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang juga mengharapkan Hidayah dan petunjuk dari Allah, bukan sebagai pemberi petunjuk. Ia bolehlah dianalogikan da’I itu seperti seorang ‘posmen’. Ya, hanya seorang posmen yang tugasnya menyampaikan surat-surat, serta bingkisan dan hadiah dari pemberi kepada penerimanya. Hanyalah sebaga media perantara. Dalam kondisi seorang da’I, kita tidak lebih hanyalah seorang insan yang diamanahkan untuk meyampaikan Hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya.
Hidayah Allah tak akan sampai atau terhalang hanya semata-mata kerana sedikit atau banyaknya usaha kita. Semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Dan apa yang kita lakukan sekarang adalah dalam rencana mencari keredhaan-Nya, untuk lebih dekat kepadaNya. Sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat iman dan Islam ini. Ini semua semata-mata untuk menyedarkan kita bahawa kita tetap seorang hamba yang lemah, tidak lebih dari itu. Moga-moga, setiap usaha yang kita lakukan di jalan dakwah semakin mendekatkan kita kepada redhaNya bukannya menjadikan kita semakin merasa hebat di kalangan manusia sekeliling.
Bersyukurlah wahai posmen-posmen, kerana..walaupun engkau hanyalah posmen, tetapi kerana kerja itulah engkau bisa mendekati Tuan Besar mu, engkau bisa mengenaliNya lebih dekat, malah Dia juga mengenalimu. Tidak semua orang bisa sedekat itu, melainkan mereka-mereka yang sudi menghambakan diri untuk menjadi posmenNya. Semakin banyak kiriman yang dihantar, semakin bagus prestasinya, maka semakin ia disayangi.tapi, jangan dilupa posmen juga memerlukan 'kiriman' Allah. Sentiasalah kita berusaha memperbaiki dan bermuhasabah tentang keadaan kita agar kita tidak lupa dan makin jauh dari Allah, sedangkan kita bertungkus lumus, menyampaikan 'kiriman-kiriman' Allah buat umat manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 44,
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri..... "
Seorang posmen itu, akan dinilai oleh Tuannya, samada tugasnya dijalankan dengan baik atau tidak. Prestasi kerjanya bukanlah semata-mata penentu untuk kiriman tersebut sampai atau tidak kepada manusia kerana Dia yang mengirimkan berkuasa untuk menyampaikan kiriman tersebut walaupun tanpa bantuan posmen tersebut. Bila Allah menginginkan pasti ia akan berlaku. Ada yang begitu hebat usahanya tapi ia masih tidak mampu menyampaikannya, sepertimana yang berlaku kepada Nabi Nuh. Baik atau buruk komitmen kita dalam menyampaikan kiriman akan menjadi markah sebagai penilaian oleh Allah. Semakin tinggi komitmen yang diberikan oleh posmen tersebut kepada pekerjaannya, maka semakin dia mendapat tempat di hati BOS nya, dan semakin tinggi darjatnya berbanding posmen-posmen yang lain.
Dalam menyampaikan 'kiriman', kita akan berdepan dengan pelbagai situasi dan cabarannya. samada pengakhirannya ia diterima atau tidak, bukan kita yang menentukannya. Jangan terlalu kecewa andai kiriman tidak sampai, tapi fikirkanlah apakah kita telah berusaha sebaik mungkin Andainya kiriman tersebut tidak juga sampai, setelah kita berusaha sebaik mungkin, maka serahkanlah semuanya kembali kepada pengirimnya, kerana Dia lebih mengetahui. Dan jangan terlalu berbangga bilamana kiriman tersebut telah selamat diserahkan pada yang berhak, kerana tiada apa yang kita berikan, semuanya telah ditentukan oleh Allah, kita hanyalah sebagai asbab untuk mereka mendapat petunjuk..
."Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (57;22-23).
Teruslah berkerja wahai posmen! Kerana gajinya hanya ‘kan bisa kita peroleh di akhirat kelak. Andai kerja kita bagus, mungkin ada BONUS buat kita.

SYUJRAN SHBTKU..DPD NOOR SHAHIDA BT HASHIM

Sunday, June 14, 2009

RENUNGAN TARBIAH

MEMPERINGATI 100 TAHUN PERJUANGAN AS-SYAHID HASSAN AL - BANNA
ZAINAB AL - GHAZALI
Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan pejuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.
Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.
Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :
" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "
Zainbal Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ' Hari-hari Dalam Hidupku - Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan belaiu walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami,keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawnul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri,janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.
Pada tahun 1960 beliau dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara diantaranya ialah beliau di rendam di dalam air kotor hingga paras dada , dirotan bertubi-tubi, di lepaskan anjing-anjing liar ke dalam penjara beliau, di letakkan bara api di bawah kakinya dan hampir-hampir di rogol oleh pengawai penjara namun dengan kehendak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orag adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma'lim Fit-Tariq - Petunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dab oada tahun 1971 beliau dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.
Zainba Al - Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau.ameen.

dr(spaceoilmu.blogspat.com)

Monday, May 11, 2009

TARBIAH OH TARBIAH....

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah yg telah memberi nikmat yg melimpah limpah sehingga menjadikan kita sbg hambaNya kadang-kadang leka,alpa,lupa. Apa yg dikhuatiri kufur nikmat nauzubilllah.... Sebenarnya setiap nikmat yg Allah berikan kpd kita ialah merupakan tarbiah Allah yg ingin mengigatkan kita supaya lbh bersyukur kpdnya.

Pada coretan kali ini ana ingin menyentuh mengenai nikmat yg seringkali kita alpa, lupa serta lalai dr mengingatinya iaitu MASA LAPANG...lawan drpnya ialah MATI... kita sering lupa bahawa matlamat distinasi terakhir kita ialah akhirat yg mne kita smua akan mati kemuadiannya akan dihidupkan semula oleh Allah S.W.T...pada ketika itu bagaimanakah keadaan kita??? hanya Allah sahaja mngetahui keadaan kita pada ketika itu!!!!

Wahai shbt2 dikasihi ana mahu berpesan pada diri ini dan juga shbt2 yg dirahmati Allah sekalian, marilah kita mgmbil ksempatan ini sblm kita pergi meninggalkan alam yg fana ini buat selama lamanya..

dikesempatan ini ana ingin mengucapkan takziah kpd shbt y mne ayahdanya yg bru shj kmbali kerahmatullah,semoga roh ayahdanya dicucuri rahmat.Amin..

shbt2 hargailah sesiapa sahaja insan yg telah Allah pinjamkan untuk kita dan sesungguhnya kita juga pinjaman untuk insan-insan yg sentiasa setia berada disamping kita selama ini. Hargai lah mereka sblm mata mereka tutup rapat yg mne tdk bisa memberi manfat kpd kita lagi..

Setakat ini dlu coretan ana untuk semua shbt2 yg ana kasihi krn Allah S.W.T, semoga bertemu dan berpisah kita krn Allah S.W.T. Ape yg dipohonkan semoga kita mendapat pelindungan arasy Allah pada hari pembalasan kelak,Amin. Teruskanlah berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan lah pada kesabaran.

salam meneruskan pejuangan walau dimana anda berada, ukhuwah fillah.

wassalam.

Friday, May 8, 2009

MARI KITA RENUNG2KN KATE2 NI...

Salam...

Salam tarbiah wat semu shbt2 yg ana kasihi krn Allah s.w.t.nsyaallah bertemu dan berpisah kita kerana Allah Taala semoga diakhirat kelak kita mendapat perlindungan arasy Allah s.w.t. Buat makluman shbt2 sekelian ana baru shj selesai berjuang dmedan exam bermula 19 april - 3 mei bru2 ni jer.

Teringat kat blog la... rse lame ana x wat coretan wat semu..walaupun coretan ana ini x sehebat shbt2 sekalian tp ana nak juga berkongsi serba skit pengalaman wat tatapan semu.

sekarang ni ana dpt rsekan mcm2 bala Allah Taala dtg kpd kita khususnya kita yg dok dmalaysia. dr aspek agama,ekonomi,politik, kesihatan dan lain2. jika kita renungkan kembali sejenak semua ini yg datang adalah merupakan peringatan Allah dan tanda kasih sayang Allah pd haamba2Nya agar kita sedar dan secepat mungkin bertaubat kpd Nya. Tanpa kita sedar bala Allah dtg kpd kita tanpa kita sedar. Sepekara lagi yg ana ingin pesan pada dri ana dan shbt2 agar kita sama2 sedar serta bersyukur kpd Allah Maha Pencipta krn tnpa kasih sayang dan rahmatNya kpd kita tdklah dpt kita mengenal erti perjuangan selama ini. Dengan ada perjuangna menegakkan agama Allah diatas muka bumi ini yg menolong kita menjadikan kita sbg hamba lbh rasa ingin mencari kereghaan Allah S.W.T.

jika hidup ini Allah berikan umur yg panjang isyaallah kita semua ingin meneruskan perjuangn dan mahu istiqamah djlnNya..Shbt2lah merupakan slh satu wasilah yg Allah gnakan untuk mengingat kan shbt2 spy terus berjuang dijalan Allah. Ingat lah shbt2 siapa yg berada djlnNya tidaklah tersedia seperti karpet merah yg bisa kita sentiasa mudah melalui jln itu,tapi Allah sediakan jln yg penuh duri2 yg bisa menyakitkan kita.marilah kita sedar bhwa setiap duri yg menyucuk kaki kita insyaallah kesakitan itu Allah akan gantikan dgan nikmat yg yg lbh berharga dari isis dunia ini.

setakat ini dahulu coretan dri ana yg dhoif lagi kerdil dhpan Allah S.W.T...Selamat teruskan berjuaang dimane jua shbt2 yg ana kasih berada.

Wassalam.

Sunday, March 29, 2009

Salam tarbiah...

Assalamualaikum...

Dah 2minggu ana x update blog ana rasenya..semakin maju shbt2 ana sekarang mahupun muslimin @ muslimat sekarang ni yer..bagu2 teruskan semangat yg berkobar-kobar itu walaupun dimana Allah tempatkan kita. Teruskanlah berjuang walaupun kita hanya nak dekat final ni kan.

Apa yang ana ingin bincangkan pada kali ini ialah ana ingin mengingatkan kembali mengenai tarbiah yang telah kita lalui semasa kita di mahad dulu. Ana mula nak sentuh bab tarbiah ni bukannya ape...ana terbaca blog shbt ana dari usim...setiap dari kita punyai pendapat tersendiri mengenai tarbiah.

Bagi pendapat ana klu kat ipt kita nampak macam hipokrik je cz dah nampak imaj kita mse dok u ni berbezakan mse dok mahad dulu. hal ni pernah ana bincangkan mse dok kat mahad...knp akk n abg2 bila balik mahad jmpa ust n ustzh pakaian msyaAllah dah len sgt???? jwpan ni terjwb bila ana dok kusza karang ni..

semunya bagi alasan yg sme cz waqi' sekarang ngan dulu len. yang ni mmg ana x nafikan cz kat kusza lani mmg cm2 la...tp terpulang la pada kita ikut jati diri kita sendiri. tapi shbt juga memainkan peranan penting bagi kita laksanakan tarbiah kita dahulu. Carilah shbt yg boleh menjadi cerminan pada kita, bukan shbt yg hanya mse kita bersuka2 shj berdamping ngan kita. Ana rse semu2 shbt2 dah muhim jiddan tp mse nak aplikasi jer mslh kan..la ba'sa bih...jwpnnya mudah je ada pada kita sndiri kan...yakni tepuk dada tanye la iman..

itu je la setakat ni..ana x pandai la nak susun ayat sedap2..tapi setakat ni je dulu...
wassalam...

Thursday, March 12, 2009

Yusof Estes dan Micheal Jackson: Bukti Hidayah Adalah Urusan Allah


Yusuf Estes
Peluang mendengar ceramah daripada pendakwah Yusof Estes secara langsung, tidak mahu saya lepaskan. Oleh itu, kunjungan beliau ke Malaysia dan mengadakan beberapa siri ceramah umum adalah suatu yang amat baik. Semalam, saya bersama beberapa orang teman sempat hadir ke salah satu siri ceramahnya yang diadakan di Dewan Utama, Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jumlah mereka yang datang mendengar, boleh dibanggakan. Ceramah ini bukan sahaja menarik minat umat Islam, bahkan mereka yang masih belum menerima Islam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Yusof Estes? Saya paparkan serba sedikit tentang latar belakang diri beliau.
Beliau adalah bekas paderi dan pendakwah Kristian dan merupakan salah seorang ahli perniagaan di Amerika Syarikat.
Dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian di bahagian barat tengah Amerika Syarikat. Keluarga dan nenek moyang beliau bukan sahaja membina gereja dan sekolah di wilayah ini, malah mereka juga adalah kumpulan pertama yang sampai dan meneroka wilayah itu. Pada tahun 1949, semasa masih di sekolah rendah, keluarga beliau berpindah ke Houston, Texas. Ketika berumur 12 tahun, beliau telah dibabtiskan di sebuah gereja di Pasadena, Texas.
Sejak kecil, iaitu dalam tahun 50-an, beliau mula bekerja dalam industri muzik dan hiburan. Beliau bersama bapanya mengusahakan perniagaan kedai muzik serta program-program di televisyen dan radio. Beliau juga adalah seorang paderi dan sering menggunakan kuda kecil bagi menghiburkan kanak-kanak dengan menggunakan nama gelaran “Skippy the Clown”.
Beliau sangat meminati bidang muzik, terutamanya muzik klasik dan lagu-lagu agama atu gospel. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan muzik. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi paderi muzik di banyak gereja. Selama 30 tahun, beliau bersama bapanya mengusahakan banyak perniagaan di sekitar Texas, Oklahoma dan Florida.
Pada awal tahun 1991, bapanya ingin memulakan perniagaan dengan seorang pedagang dari Mesir. Bapanya berkata yang orang itu dari Mesir dan dia adalah orang Islam. Sewaktu mula mendengar perkataan ‘Islam’, beliau berfikir ‘orang Islam adalah kafir, penculik, pengebom, terroris dan orang yang tidak beriman’. Beliau memberitahu bapanya tentang apa yang beliau dengar selama ini tentang Islam dan orang Islam. Antaranya ialah orang Islam tidak percaya adanya tuhan, orang Islam menyembah sebuah kotak hitam di padang pasir, orang Islam mencium tanah lima kali sehari.
Jadi, beliau tidak mahu berjumpa dengan orang Mesir itu. Tetapi, selepas dipujuk oleh bapanya, beliau pun setuju untuk berjumpa. Beliau merancang untuk mengubah orang Mesir itu menjadi penganut Kristian. Jadi, beliau bersetuju untuk berjumpa dengan beberapa syarat. Antaranya beliau hanya akan berjumpa pada hari Ahad, selepas sembahyang di gereja. Beliau membawa sebuah kitab Bible, memakai salib yang besar dan memakai topi yang tertulis “Jesus is Lord”.

Pada hari yang ditetapkan, di sebuah kedai, beliau bersama bapanya bertemu dengan lelaki Mesir itu. Apabila masuk saja ke kedai, beliau bertanya bapanya, “Mana dia?” Bapanya menunjukkan ke arah seorang lelaki, “Itu dia di sana”. Beliau menjadi keliru dan berfikir “tidak mungkin orang itu adalah orang Islam”. Beliau tercari-cari orang yang berbadan besar, memakai jubah panjang, berserban besar di atas kepala, berjanggut panjang, kening yang tebal bersambung serta mempunyai sebilah pedang atau sebutir bom dalam bajunya.
Tapi, apa yang dilihatnya, orang Mesir itu tidak mempunyai janggut langsung, bahkan rambutnya hampir-hampir botak. Beliau disambut oleh orang Mesir itu dengan penuh mesra. Lalu terdetik dalam hatinya “Ini tidak masuk akal! Apakah makna semua ini?”. Sebelum ini, beliau menyangka yang orang Islam adalah pengganas dan pengebom.Walau apa pun, beliau tetap berhasrat untuk mengkristiankan lelaki tersebut.
Selepas saling berkenalan, beliau terus bertanya lelaki Mesir itu, “Adakah anda percaya kepada tuhan?”
Jawab lelaki Mesir: “Ya”.
Beliau bertanya lagi: “Adakah anda percaya kepada Adam dan Hawa?”
Jawab lelaki Mesir: “Ya”.
“Bagaimana dengan Nabi Ibrahim? Adakah anda percaya kepadanya dan percayakah yang dia mahu mengorbankan anaknya?”, tanya beliau.
“Ya”, jawab lelaki Mesir itu.
Beliau terus bertanya: “Anda percaya kepada Musa dan ajarannya? Anda percaya Laut Merah itu terbelah dua?”
Jawab lelaki Mesir: “Ya”.
Kemudian beliau bertanya lagi: “Anda percaya kepada nabi-nabi lain, Daud, Sulaiman dan Yahya?”
Lelaki Mesir itu tetap menjawab “Ya”.
Seterusnya, sampailah masa untuk beliau bertanya soalan yang paling penting “Percayakah anda, Nabi Isa adalah utusan Tuhan?”
Jawab lelaki Mesir itu, “Ya”.
Estes mula berfikir, “Nampaknya kerja saya mudah kerana dia percaya kepada semua perkara yang dipercayai oleh orang Kristian. Dia hanya menunggu masa untuk dibabtiskan”.
Pada musim bunga 1991, Estes terkejut apabila mengetahui orang-orang Islam percaya pada kitab Injil. Bukan itu sahaja, beliau juga turut tahu yang orang Islam percaya bahawa Nabi Isa adalah utusan Tuhan yang benar, seorang nabi, dilahirkan tanpa adanya bapa dan akan muncul sebelum hari kiamat dan memimpin orang beriman memerangi orang kafir.
Oleh kerana orang Islam mempercayai fakta-fakta tersebut, Estes berfikir yang beliau mampu mengkristiankan Mohammad, lelaki Mesir itu. Selepas pertemuan pertama dulu, Estes dan bapanya bersetuju untuk menjalan perniagaan dengan Mohammad. Sejak dari itulah, Estes sering mengajak Mohammad untuk berbual-bual dan berbincang tentang agama Kristian. Tetapi, beliau tidak pasti adakah hasratnya akan tercapai?
Suatu hari, Estes mendapat tahu yang Mohammad akan berpindah dari rumah yang dia tinggal sekarang dan mahu tinggal di masjid buat sementara waktu. Setelah berbincang dengan bapanya, beliau mengajak Mohammad untuk tinggal sahaja di rumahnya.
Ditakdirkan seorang kawan Estes yang juga seorang paderi telah mendapat serangan jantujg dan terpaksa tinggal di hospital. Estes mengajak Mohamad untuk menziarahinya dengan harapan dapat berbincang tentang agama dan kepercayaan. Tetapi, sahabat beliau itu kurang berminat dan tidak mahu mengambil tahu langsung tentang Islam.
Kebetulan, turut berkongsi bilik dengan kawan Estes itu adalah seorang pesakit yang berkerusi roda. Estes melihat dia begitu murung dan seoalah-olah memerlukan sesautu untuk ketenangan. Lalu, Estes pun menasihatinya tantang Tuhan dan membacakan kitab Bible kepadanya. Akhirnya, lelaki berkerusi roda itu mengaku yang dia adalah seorang paderi Katolik. Estes terperanjat. Rupanya dia memberi nasihat kepada seorang paderi juga. Namanya ialah Peter Jacob. Selama 12 tahun, Peter menjadi mubaligh di Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico dan New York.
Selepas Peter dibenarkan keluar dari hospital, Estes mengajaknya untuk turut berehat dan tinggal bersama beliau dan Mohammad. Bapa Estes dan Peter bersetuju. Semasa Peter tinggal bersama Estes, mereka selalu berbincang tentang hal-hal agama. Bapa Estes membawa kitab Bible versi King James, Estes sendiri membawa Bible versi standard dan isteri Estes pula membawa versi yang berlainan seperti Jimmy Swaggart yang berjudul Good News for Modern Man. Mereka berbincang kitab manan yang betul dan cuba meyakinkan Mohammad untuk memeluk agama Kristian.
Tetapi apabila Estes bertanya kepada Mohammad tentang al-Quran, beliau agak hairan apabila diberitahu yang al-Quran hanya ada satu versi sahaja. Ia tidak pernah diubah dari sejak ia wujud 1400 tahun yang lalu. Beratus-ratus ribu umat Islam di serata pelusuk dunia yang menghafal al-Quran dari kulit ke kulit. Estes merasakan ini suatu perkara yang mustahil.
Suatu hari, Peter ingin mengikut Mohammad ke masjid untuk melihat sendiri keadaan di sana. Selang beberapa hari, Peter ingin mengikut sekali lagi Mohammad ke masjid. Kali ini lebih lama. Estes berasa bimbang. Lewat malam barulah mereka pulang ke rumah. Sejurus Mohammad sampai ke rumah, Estes terkejut melihat Mohammad pulang dengan seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah. Pada mulanya Estes tidak mengenali lelaki itu. Akhirnya, dia kenal rupa-rupanya lelaki itu adalah Peter. Estes bertanya: “Peter, adakah kamu sudah memeluk Islam?” Peter menjawab “Ya”.
Estes sangat terkejut dan terus naik ke tingkat atas memikirkan perkara ini. Beliau berbincang dengan isterinya. Tidak dijangka, isteri beliau juga menyatakan hasrat yang sama, ingin memeluk agama Islam. Estes bertambah terkejut dan semakin bingung. Lantas, beliau turun semula ke bilik Mohammad dan mengajaknya berbincang tentang Islam sepanjang malam tersebut.
Apabila tiba waktu Subuh dan sampai masanya bagi umat Islam sembahyang Subuh, Estes sedar yang kebenaran sudah sampai. Sekarang, terpulanglah kepada beliau untuk menentukan pilihan. Beliau pergi ke belakang rumah dan mengambil sekeping papan lapis. Kemudian, beliau meletakkannya di atas tanah dan sujud ke arah kiblat di atas papan tersebut. Dalam kedudukan itu, beliau menyeru “Ya Tuhan, kalau Engkau berada di sana, bimbinglah aku, bimbinglah aku”.
Apabila beliau mengangkat kepala, beliau tidak menyedari sesuatu yang pelik pun. Tidak mendengar suara kicauan burung, tidak mendengar malaikat turun dari langit, tidak mendengar muzik, suara atau pun cahaya. Apa yang beliau sedar ialah beliau mesti berhenti menipu dan melakukan perkara yang salah. Beliau mesti jujur dan tahu apa yang perlu dilakukan.
Kemudian, Estes masuk ke dalam rumah dan terus mandi. Beliau menganggap mandi itu sebagai pencuci semua dosanya. Beliau berazam untuk suatu kehidupan yang baru. Lebih kurang pukul 11.00 pagi hari itu, beliau berdiri di hadapan dua orang saksi, Mohammad dan Peter, lalu mengucapkan syahadah.
Beberapa minit kemudian, isterinya pula mengucapkan shahadah yang sama di depan tiga orang saksi. Bapanya pula menunggu beberapa bulan sebelum mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang Muslim. Ibu tirinya juga turut mengakui kebenaran Islam di akhir hayatnya.
Lahirlah seorang Yusof Estes. Beliau mengajak kita semua berfikir. Bagaimana seisi rumah yang berasal dari pelbagai etnik dan latar belakang bersatu bagi mencari kebenaran dan memuja Pencipta alam semesta. Fikirkanlah bagaimana seorang paderi Katolik, seorang paderi muzik dan pendakwah Kristian telah menerima kebenaran Islam. Katanya “Hanya dengan berkat dan petunjuk Allah swt kami mampu melihat kebenaran Islam. Allah swt membuka tabir yang menutup mata, telinga dan hati kami. Allah yang membimbing kami ke jalan yang benar”…

Justeru, kenapa perlu berasa hairan? Jika itulah kehendak Allah, seorang yang bernama Michael Jackson juga menemui kebenaran yang sama. Tugas kita adalah terus teguh menyampaikan kebenaran Islam ini. Serahkanlah urusan hidayah kepada pemiliknya,Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya.
(Cerita ini diambil daripada catatan yang ditulis sendiri oleh Yusof Estes. Rujukan: Kisah-kisah Paderi Memeluk Islam, terbitan Islamic Propagation Society International (IPSI)


shbt yang dikasihi marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayahnya kpd kita..kerana kita haruslah ingat bahawa Allah berhak membolak balikkan hati hamba2nya yang dia kehendaki.
renung-renungkan lah.....
sekian wassalam...

Sunday, March 1, 2009

RENUNGAN UNTUK SEMUA...

Mukmin Sejati

Mukmin Sejati Bercirikan Sifat Orang Beriman. Sebagaimana di dalam Al Quran atau Hadith, banyak diungkapkan tentang sifat dan ciri-ciri orang yang beriman di antaranya :

Ciri Pertama
Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:

"Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan."
(Surah An Nahli: 97)
Kehidupan Toyyibah yang dimaksudkan adalah tersimpul di dalamnya segala kenikmatan dan kebahagian, baik yang bersifat jasmaniah atau rohaniah, bukan sahaja di dalam kehidupan di dunia ini tetapi juga kehidupan di akhirat kelak.

Ciri Kedua
Seorang mukmin sejati ialah seorang yang sentiasa membuatkan menafaat baik untuk dirinya sendiri mahu pun terhadap orang lain. Islam telah meletakkan beberapa larangan terhadap perbuatan yang merosak dan merugikan, baik terhadap peribadi atau masyarakat. Umpamanya berzina, berjudi, minum arak dan berbagai perkara yang merosakkan diri dan masyarakat. Orang lemah imannya tidak mampu mengendalikan dirinya terhadap larangan tersebut, walaupun dia menyedari akan akibat buruk yang akan ditempuh. Berbeza halnya dengan orang mukmin yang kuat imannya. Dia sentiasa berusaha menghindarkan perbuatan yang merugi dan merosakkan dirinya dan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda
"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain."
Ciri ketiga
Orang mukmin sejati ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri.

"Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan."
(Al Fatihah: 5)
Ciri Keempat
Sebagai orang mukmin yang sejati, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil. Dia selalu berpegang kepada petunjuk Ilahi sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir."
(Yusuf: 87)

Ciri Kelima
Orang yang beriman tidak menyesali keadaan yang ada pada dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya atau gagal. Di waktu bertemu dengan kesusahan dan kemiskinan, kekalahan dan kekecewaan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Hendaklah sentiasa yakin dan faham bahawa setiap perbuatan dan hal itu daripada Allah s.w.t yang tentunya mempunyai hikmah dan kebaikan yang kita tidak tahu.

Berkata ulama sufi:

"Keputusan Allah telah putus dan hal telah terjadi. Oleh itu rehatkanlah hatimu dari perkataan andaikata dan kalau."

Firman Allah:
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."
(Al Baqarah: 216)


Saturday, February 28, 2009

SALAM

PERTEMUAN SEMULA...DAH LAM RASE TAK BUKA BLOG NI...MY B BNYK KEJA NAK WAT..SMKN BNYK TANGGUMGJWB ALLH PIKULKAN DIBAHU INI...MOHON DOA DR SHBT2 SMG ANA KUAT DAN TABAH MNJLNI HDP DI ALM KMPUS NI...

WASSALAM

Tuesday, January 27, 2009

salam kembali!!!

SALAM KEMBALI KE IPT 09...MNGAJI MOLEk2