Monday, June 29, 2009

MARI KITA SAMA2 RENUNGKAN!!


Syirik kecil?????


Rasulullah S.A.W bersabda


" Sesungguhnya kebimbangan yang sangat membimbangkan atas umatku adalah syirik kecil. "Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah , apakah syirik kecil itu?" Jawabnya : "Riya' . Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat ketika memberikan balasan kepada manusia dengan balasan yang sesuai dengan perbuatannya : " Pergilah kepada orang-orang yang telah kamu berbuat riya' terhadap mereka di dunia , lalu lihatlah apakah kamu mendapat balasan di sisi mereka,"


(HR.Ahmad).


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Wednesday, June 17, 2009

APE YE TGAS KITA???????

Daie dan Posmen

Menyedari diri yang ditaklifkan dengan amanah berat seorang khalifah, terkadang diri merasa tidak mampu. Dengan segala kekurangan yang meliputi diri, ramai yang menolak untuk memikul tanggungjawab ini. Namun, berkat rahmat dan kasih sayang-Nya…Dia membukakan pintu hati untuk melangkah ke depan, mempermudahkan segala urusan, melicinkan segala perancangan dan menunjukkan jalan… sehingga berkat usaha dan penat lelah, maka terbinalah wajah-wajah baru yang memancarkan cahaya Islam yang dulunya diliputi kabut dan debu Jahiliah. Betapa lemahnya seorang hamba, pelupa sifatnya….terkadang diri merasa begitu berjasa. Bisikan syaitan pastinya sentiasa cuba menyesatkan anak Adam tidak terlepas yangbergelar para da’I dan da’iah.
Tatkala melihat anak didik yang dulunya jahil, jauh dari kehidupan islam mula mengenal tentang Islam, lantas mengorak langkah mendaki anak tangga menuju keredhaan Ilahi, dan menapak bersama di jalan dakwah hati mula berbunga-bunga…syaitan mula menyucukkan jarumnya, di hati para da’i. “wah, hebatnya dia sekarang. Kalaulah bukan kerana usahaku dulu tentu dia masih lagi
…….” “wah, hebat anak halaqahku, berkesan rupanya didikanku selama ini” ….
Dan berbagai lagi bisikan lain, semuanya bertujuan memesongkan tujuan sebenar seorang da’I berada di jalan da’wah. Para murabbi mula mengira-ngira sudah berapa ramai anak didik yang berjaya di sedarkan dan dikembalikan, mengira-ngira begitu banyak jasa ditabur buat umat manusia… Menerbangkan mereka dalam angan-angan dan ta’jub pada diri…sehingga tujuan sebenar untuk mencari keredhaan Allah mula dikaburi oleh puja dan puji manusia.
Demi mengelakkan dari semua fitnah-fitnah syaitan ini, seorang da’I itu perlu menyedari bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang juga mengharapkan Hidayah dan petunjuk dari Allah, bukan sebagai pemberi petunjuk. Ia bolehlah dianalogikan da’I itu seperti seorang ‘posmen’. Ya, hanya seorang posmen yang tugasnya menyampaikan surat-surat, serta bingkisan dan hadiah dari pemberi kepada penerimanya. Hanyalah sebaga media perantara. Dalam kondisi seorang da’I, kita tidak lebih hanyalah seorang insan yang diamanahkan untuk meyampaikan Hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya.
Hidayah Allah tak akan sampai atau terhalang hanya semata-mata kerana sedikit atau banyaknya usaha kita. Semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Dan apa yang kita lakukan sekarang adalah dalam rencana mencari keredhaan-Nya, untuk lebih dekat kepadaNya. Sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat iman dan Islam ini. Ini semua semata-mata untuk menyedarkan kita bahawa kita tetap seorang hamba yang lemah, tidak lebih dari itu. Moga-moga, setiap usaha yang kita lakukan di jalan dakwah semakin mendekatkan kita kepada redhaNya bukannya menjadikan kita semakin merasa hebat di kalangan manusia sekeliling.
Bersyukurlah wahai posmen-posmen, kerana..walaupun engkau hanyalah posmen, tetapi kerana kerja itulah engkau bisa mendekati Tuan Besar mu, engkau bisa mengenaliNya lebih dekat, malah Dia juga mengenalimu. Tidak semua orang bisa sedekat itu, melainkan mereka-mereka yang sudi menghambakan diri untuk menjadi posmenNya. Semakin banyak kiriman yang dihantar, semakin bagus prestasinya, maka semakin ia disayangi.tapi, jangan dilupa posmen juga memerlukan 'kiriman' Allah. Sentiasalah kita berusaha memperbaiki dan bermuhasabah tentang keadaan kita agar kita tidak lupa dan makin jauh dari Allah, sedangkan kita bertungkus lumus, menyampaikan 'kiriman-kiriman' Allah buat umat manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 44,
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri..... "
Seorang posmen itu, akan dinilai oleh Tuannya, samada tugasnya dijalankan dengan baik atau tidak. Prestasi kerjanya bukanlah semata-mata penentu untuk kiriman tersebut sampai atau tidak kepada manusia kerana Dia yang mengirimkan berkuasa untuk menyampaikan kiriman tersebut walaupun tanpa bantuan posmen tersebut. Bila Allah menginginkan pasti ia akan berlaku. Ada yang begitu hebat usahanya tapi ia masih tidak mampu menyampaikannya, sepertimana yang berlaku kepada Nabi Nuh. Baik atau buruk komitmen kita dalam menyampaikan kiriman akan menjadi markah sebagai penilaian oleh Allah. Semakin tinggi komitmen yang diberikan oleh posmen tersebut kepada pekerjaannya, maka semakin dia mendapat tempat di hati BOS nya, dan semakin tinggi darjatnya berbanding posmen-posmen yang lain.
Dalam menyampaikan 'kiriman', kita akan berdepan dengan pelbagai situasi dan cabarannya. samada pengakhirannya ia diterima atau tidak, bukan kita yang menentukannya. Jangan terlalu kecewa andai kiriman tidak sampai, tapi fikirkanlah apakah kita telah berusaha sebaik mungkin Andainya kiriman tersebut tidak juga sampai, setelah kita berusaha sebaik mungkin, maka serahkanlah semuanya kembali kepada pengirimnya, kerana Dia lebih mengetahui. Dan jangan terlalu berbangga bilamana kiriman tersebut telah selamat diserahkan pada yang berhak, kerana tiada apa yang kita berikan, semuanya telah ditentukan oleh Allah, kita hanyalah sebagai asbab untuk mereka mendapat petunjuk..
."Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (57;22-23).
Teruslah berkerja wahai posmen! Kerana gajinya hanya ‘kan bisa kita peroleh di akhirat kelak. Andai kerja kita bagus, mungkin ada BONUS buat kita.

SYUJRAN SHBTKU..DPD NOOR SHAHIDA BT HASHIM

Sunday, June 14, 2009

RENUNGAN TARBIAH

MEMPERINGATI 100 TAHUN PERJUANGAN AS-SYAHID HASSAN AL - BANNA
ZAINAB AL - GHAZALI
Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan pejuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.
Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.
Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :
" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "
Zainbal Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ' Hari-hari Dalam Hidupku - Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan belaiu walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami,keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawnul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri,janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.
Pada tahun 1960 beliau dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara diantaranya ialah beliau di rendam di dalam air kotor hingga paras dada , dirotan bertubi-tubi, di lepaskan anjing-anjing liar ke dalam penjara beliau, di letakkan bara api di bawah kakinya dan hampir-hampir di rogol oleh pengawai penjara namun dengan kehendak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orag adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma'lim Fit-Tariq - Petunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dab oada tahun 1971 beliau dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.
Zainba Al - Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau.ameen.

dr(spaceoilmu.blogspat.com)