Monday, June 29, 2009

MARI KITA SAMA2 RENUNGKAN!!


Syirik kecil?????


Rasulullah S.A.W bersabda


" Sesungguhnya kebimbangan yang sangat membimbangkan atas umatku adalah syirik kecil. "Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah , apakah syirik kecil itu?" Jawabnya : "Riya' . Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat ketika memberikan balasan kepada manusia dengan balasan yang sesuai dengan perbuatannya : " Pergilah kepada orang-orang yang telah kamu berbuat riya' terhadap mereka di dunia , lalu lihatlah apakah kamu mendapat balasan di sisi mereka,"


(HR.Ahmad).


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Wednesday, June 17, 2009

APE YE TGAS KITA???????

Daie dan Posmen

Menyedari diri yang ditaklifkan dengan amanah berat seorang khalifah, terkadang diri merasa tidak mampu. Dengan segala kekurangan yang meliputi diri, ramai yang menolak untuk memikul tanggungjawab ini. Namun, berkat rahmat dan kasih sayang-Nya…Dia membukakan pintu hati untuk melangkah ke depan, mempermudahkan segala urusan, melicinkan segala perancangan dan menunjukkan jalan… sehingga berkat usaha dan penat lelah, maka terbinalah wajah-wajah baru yang memancarkan cahaya Islam yang dulunya diliputi kabut dan debu Jahiliah. Betapa lemahnya seorang hamba, pelupa sifatnya….terkadang diri merasa begitu berjasa. Bisikan syaitan pastinya sentiasa cuba menyesatkan anak Adam tidak terlepas yangbergelar para da’I dan da’iah.
Tatkala melihat anak didik yang dulunya jahil, jauh dari kehidupan islam mula mengenal tentang Islam, lantas mengorak langkah mendaki anak tangga menuju keredhaan Ilahi, dan menapak bersama di jalan dakwah hati mula berbunga-bunga…syaitan mula menyucukkan jarumnya, di hati para da’i. “wah, hebatnya dia sekarang. Kalaulah bukan kerana usahaku dulu tentu dia masih lagi
…….” “wah, hebat anak halaqahku, berkesan rupanya didikanku selama ini” ….
Dan berbagai lagi bisikan lain, semuanya bertujuan memesongkan tujuan sebenar seorang da’I berada di jalan da’wah. Para murabbi mula mengira-ngira sudah berapa ramai anak didik yang berjaya di sedarkan dan dikembalikan, mengira-ngira begitu banyak jasa ditabur buat umat manusia… Menerbangkan mereka dalam angan-angan dan ta’jub pada diri…sehingga tujuan sebenar untuk mencari keredhaan Allah mula dikaburi oleh puja dan puji manusia.
Demi mengelakkan dari semua fitnah-fitnah syaitan ini, seorang da’I itu perlu menyedari bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang juga mengharapkan Hidayah dan petunjuk dari Allah, bukan sebagai pemberi petunjuk. Ia bolehlah dianalogikan da’I itu seperti seorang ‘posmen’. Ya, hanya seorang posmen yang tugasnya menyampaikan surat-surat, serta bingkisan dan hadiah dari pemberi kepada penerimanya. Hanyalah sebaga media perantara. Dalam kondisi seorang da’I, kita tidak lebih hanyalah seorang insan yang diamanahkan untuk meyampaikan Hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya.
Hidayah Allah tak akan sampai atau terhalang hanya semata-mata kerana sedikit atau banyaknya usaha kita. Semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Dan apa yang kita lakukan sekarang adalah dalam rencana mencari keredhaan-Nya, untuk lebih dekat kepadaNya. Sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat iman dan Islam ini. Ini semua semata-mata untuk menyedarkan kita bahawa kita tetap seorang hamba yang lemah, tidak lebih dari itu. Moga-moga, setiap usaha yang kita lakukan di jalan dakwah semakin mendekatkan kita kepada redhaNya bukannya menjadikan kita semakin merasa hebat di kalangan manusia sekeliling.
Bersyukurlah wahai posmen-posmen, kerana..walaupun engkau hanyalah posmen, tetapi kerana kerja itulah engkau bisa mendekati Tuan Besar mu, engkau bisa mengenaliNya lebih dekat, malah Dia juga mengenalimu. Tidak semua orang bisa sedekat itu, melainkan mereka-mereka yang sudi menghambakan diri untuk menjadi posmenNya. Semakin banyak kiriman yang dihantar, semakin bagus prestasinya, maka semakin ia disayangi.tapi, jangan dilupa posmen juga memerlukan 'kiriman' Allah. Sentiasalah kita berusaha memperbaiki dan bermuhasabah tentang keadaan kita agar kita tidak lupa dan makin jauh dari Allah, sedangkan kita bertungkus lumus, menyampaikan 'kiriman-kiriman' Allah buat umat manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 44,
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri..... "
Seorang posmen itu, akan dinilai oleh Tuannya, samada tugasnya dijalankan dengan baik atau tidak. Prestasi kerjanya bukanlah semata-mata penentu untuk kiriman tersebut sampai atau tidak kepada manusia kerana Dia yang mengirimkan berkuasa untuk menyampaikan kiriman tersebut walaupun tanpa bantuan posmen tersebut. Bila Allah menginginkan pasti ia akan berlaku. Ada yang begitu hebat usahanya tapi ia masih tidak mampu menyampaikannya, sepertimana yang berlaku kepada Nabi Nuh. Baik atau buruk komitmen kita dalam menyampaikan kiriman akan menjadi markah sebagai penilaian oleh Allah. Semakin tinggi komitmen yang diberikan oleh posmen tersebut kepada pekerjaannya, maka semakin dia mendapat tempat di hati BOS nya, dan semakin tinggi darjatnya berbanding posmen-posmen yang lain.
Dalam menyampaikan 'kiriman', kita akan berdepan dengan pelbagai situasi dan cabarannya. samada pengakhirannya ia diterima atau tidak, bukan kita yang menentukannya. Jangan terlalu kecewa andai kiriman tidak sampai, tapi fikirkanlah apakah kita telah berusaha sebaik mungkin Andainya kiriman tersebut tidak juga sampai, setelah kita berusaha sebaik mungkin, maka serahkanlah semuanya kembali kepada pengirimnya, kerana Dia lebih mengetahui. Dan jangan terlalu berbangga bilamana kiriman tersebut telah selamat diserahkan pada yang berhak, kerana tiada apa yang kita berikan, semuanya telah ditentukan oleh Allah, kita hanyalah sebagai asbab untuk mereka mendapat petunjuk..
."Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (57;22-23).
Teruslah berkerja wahai posmen! Kerana gajinya hanya ‘kan bisa kita peroleh di akhirat kelak. Andai kerja kita bagus, mungkin ada BONUS buat kita.

SYUJRAN SHBTKU..DPD NOOR SHAHIDA BT HASHIM

Sunday, June 14, 2009

RENUNGAN TARBIAH

MEMPERINGATI 100 TAHUN PERJUANGAN AS-SYAHID HASSAN AL - BANNA
ZAINAB AL - GHAZALI
Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan pejuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.
Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.
Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :
" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "
Zainbal Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ' Hari-hari Dalam Hidupku - Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan belaiu walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami,keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawnul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri,janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.
Pada tahun 1960 beliau dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara diantaranya ialah beliau di rendam di dalam air kotor hingga paras dada , dirotan bertubi-tubi, di lepaskan anjing-anjing liar ke dalam penjara beliau, di letakkan bara api di bawah kakinya dan hampir-hampir di rogol oleh pengawai penjara namun dengan kehendak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orag adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma'lim Fit-Tariq - Petunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dab oada tahun 1971 beliau dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.
Zainba Al - Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau.ameen.

dr(spaceoilmu.blogspat.com)

Monday, May 11, 2009

TARBIAH OH TARBIAH....

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah yg telah memberi nikmat yg melimpah limpah sehingga menjadikan kita sbg hambaNya kadang-kadang leka,alpa,lupa. Apa yg dikhuatiri kufur nikmat nauzubilllah.... Sebenarnya setiap nikmat yg Allah berikan kpd kita ialah merupakan tarbiah Allah yg ingin mengigatkan kita supaya lbh bersyukur kpdnya.

Pada coretan kali ini ana ingin menyentuh mengenai nikmat yg seringkali kita alpa, lupa serta lalai dr mengingatinya iaitu MASA LAPANG...lawan drpnya ialah MATI... kita sering lupa bahawa matlamat distinasi terakhir kita ialah akhirat yg mne kita smua akan mati kemuadiannya akan dihidupkan semula oleh Allah S.W.T...pada ketika itu bagaimanakah keadaan kita??? hanya Allah sahaja mngetahui keadaan kita pada ketika itu!!!!

Wahai shbt2 dikasihi ana mahu berpesan pada diri ini dan juga shbt2 yg dirahmati Allah sekalian, marilah kita mgmbil ksempatan ini sblm kita pergi meninggalkan alam yg fana ini buat selama lamanya..

dikesempatan ini ana ingin mengucapkan takziah kpd shbt y mne ayahdanya yg bru shj kmbali kerahmatullah,semoga roh ayahdanya dicucuri rahmat.Amin..

shbt2 hargailah sesiapa sahaja insan yg telah Allah pinjamkan untuk kita dan sesungguhnya kita juga pinjaman untuk insan-insan yg sentiasa setia berada disamping kita selama ini. Hargai lah mereka sblm mata mereka tutup rapat yg mne tdk bisa memberi manfat kpd kita lagi..

Setakat ini dlu coretan ana untuk semua shbt2 yg ana kasihi krn Allah S.W.T, semoga bertemu dan berpisah kita krn Allah S.W.T. Ape yg dipohonkan semoga kita mendapat pelindungan arasy Allah pada hari pembalasan kelak,Amin. Teruskanlah berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan lah pada kesabaran.

salam meneruskan pejuangan walau dimana anda berada, ukhuwah fillah.

wassalam.

Friday, May 8, 2009

MARI KITA RENUNG2KN KATE2 NI...

Salam...

Salam tarbiah wat semu shbt2 yg ana kasihi krn Allah s.w.t.nsyaallah bertemu dan berpisah kita kerana Allah Taala semoga diakhirat kelak kita mendapat perlindungan arasy Allah s.w.t. Buat makluman shbt2 sekelian ana baru shj selesai berjuang dmedan exam bermula 19 april - 3 mei bru2 ni jer.

Teringat kat blog la... rse lame ana x wat coretan wat semu..walaupun coretan ana ini x sehebat shbt2 sekalian tp ana nak juga berkongsi serba skit pengalaman wat tatapan semu.

sekarang ni ana dpt rsekan mcm2 bala Allah Taala dtg kpd kita khususnya kita yg dok dmalaysia. dr aspek agama,ekonomi,politik, kesihatan dan lain2. jika kita renungkan kembali sejenak semua ini yg datang adalah merupakan peringatan Allah dan tanda kasih sayang Allah pd haamba2Nya agar kita sedar dan secepat mungkin bertaubat kpd Nya. Tanpa kita sedar bala Allah dtg kpd kita tanpa kita sedar. Sepekara lagi yg ana ingin pesan pada dri ana dan shbt2 agar kita sama2 sedar serta bersyukur kpd Allah Maha Pencipta krn tnpa kasih sayang dan rahmatNya kpd kita tdklah dpt kita mengenal erti perjuangan selama ini. Dengan ada perjuangna menegakkan agama Allah diatas muka bumi ini yg menolong kita menjadikan kita sbg hamba lbh rasa ingin mencari kereghaan Allah S.W.T.

jika hidup ini Allah berikan umur yg panjang isyaallah kita semua ingin meneruskan perjuangn dan mahu istiqamah djlnNya..Shbt2lah merupakan slh satu wasilah yg Allah gnakan untuk mengingat kan shbt2 spy terus berjuang dijalan Allah. Ingat lah shbt2 siapa yg berada djlnNya tidaklah tersedia seperti karpet merah yg bisa kita sentiasa mudah melalui jln itu,tapi Allah sediakan jln yg penuh duri2 yg bisa menyakitkan kita.marilah kita sedar bhwa setiap duri yg menyucuk kaki kita insyaallah kesakitan itu Allah akan gantikan dgan nikmat yg yg lbh berharga dari isis dunia ini.

setakat ini dahulu coretan dri ana yg dhoif lagi kerdil dhpan Allah S.W.T...Selamat teruskan berjuaang dimane jua shbt2 yg ana kasih berada.

Wassalam.

Sunday, March 29, 2009

Salam tarbiah...

Assalamualaikum...

Dah 2minggu ana x update blog ana rasenya..semakin maju shbt2 ana sekarang mahupun muslimin @ muslimat sekarang ni yer..bagu2 teruskan semangat yg berkobar-kobar itu walaupun dimana Allah tempatkan kita. Teruskanlah berjuang walaupun kita hanya nak dekat final ni kan.

Apa yang ana ingin bincangkan pada kali ini ialah ana ingin mengingatkan kembali mengenai tarbiah yang telah kita lalui semasa kita di mahad dulu. Ana mula nak sentuh bab tarbiah ni bukannya ape...ana terbaca blog shbt ana dari usim...setiap dari kita punyai pendapat tersendiri mengenai tarbiah.

Bagi pendapat ana klu kat ipt kita nampak macam hipokrik je cz dah nampak imaj kita mse dok u ni berbezakan mse dok mahad dulu. hal ni pernah ana bincangkan mse dok kat mahad...knp akk n abg2 bila balik mahad jmpa ust n ustzh pakaian msyaAllah dah len sgt???? jwpan ni terjwb bila ana dok kusza karang ni..

semunya bagi alasan yg sme cz waqi' sekarang ngan dulu len. yang ni mmg ana x nafikan cz kat kusza lani mmg cm2 la...tp terpulang la pada kita ikut jati diri kita sendiri. tapi shbt juga memainkan peranan penting bagi kita laksanakan tarbiah kita dahulu. Carilah shbt yg boleh menjadi cerminan pada kita, bukan shbt yg hanya mse kita bersuka2 shj berdamping ngan kita. Ana rse semu2 shbt2 dah muhim jiddan tp mse nak aplikasi jer mslh kan..la ba'sa bih...jwpnnya mudah je ada pada kita sndiri kan...yakni tepuk dada tanye la iman..

itu je la setakat ni..ana x pandai la nak susun ayat sedap2..tapi setakat ni je dulu...
wassalam...

Thursday, March 12, 2009

Yusof Estes dan Micheal Jackson: Bukti Hidayah Adalah Urusan Allah


Yusuf Estes
Peluang mendengar ceramah daripada pendakwah Yusof Estes secara langsung, tidak mahu saya lepaskan. Oleh itu, kunjungan beliau ke Malaysia dan mengadakan beberapa siri ceramah umum adalah suatu yang amat baik. Semalam, saya bersama beberapa orang teman sempat hadir ke salah satu siri ceramahnya yang diadakan di Dewan Utama, Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jumlah mereka yang datang mendengar, boleh dibanggakan. Ceramah ini bukan sahaja menarik minat umat Islam, bahkan mereka yang masih belum menerima Islam.
Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Yusof Estes? Saya paparkan serba sedikit tentang latar belakang diri beliau.
Beliau adalah bekas paderi dan pendakwah Kristian dan merupakan salah seorang ahli perniagaan di Amerika Syarikat.
Dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian di bahagian barat tengah Amerika Syarikat. Keluarga dan nenek moyang beliau bukan sahaja membina gereja dan sekolah di wilayah ini, malah mereka juga adalah kumpulan pertama yang sampai dan meneroka wilayah itu. Pada tahun 1949, semasa masih di sekolah rendah, keluarga beliau berpindah ke Houston, Texas. Ketika berumur 12 tahun, beliau telah dibabtiskan di sebuah gereja di Pasadena, Texas.
Sejak kecil, iaitu dalam tahun 50-an, beliau mula bekerja dalam industri muzik dan hiburan. Beliau bersama bapanya mengusahakan perniagaan kedai muzik serta program-program di televisyen dan radio. Beliau juga adalah seorang paderi dan sering menggunakan kuda kecil bagi menghiburkan kanak-kanak dengan menggunakan nama gelaran “Skippy the Clown”.
Beliau sangat meminati bidang muzik, terutamanya muzik klasik dan lagu-lagu agama atu gospel. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan muzik. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi paderi muzik di banyak gereja. Selama 30 tahun, beliau bersama bapanya mengusahakan banyak perniagaan di sekitar Texas, Oklahoma dan Florida.
Pada awal tahun 1991, bapanya ingin memulakan perniagaan dengan seorang pedagang dari Mesir. Bapanya berkata yang orang itu dari Mesir dan dia adalah orang Islam. Sewaktu mula mendengar perkataan ‘Islam’, beliau berfikir ‘orang Islam adalah kafir, penculik, pengebom, terroris dan orang yang tidak beriman’. Beliau memberitahu bapanya tentang apa yang beliau dengar selama ini tentang Islam dan orang Islam. Antaranya ialah orang Islam tidak percaya adanya tuhan, orang Islam menyembah sebuah kotak hitam di padang pasir, orang Islam mencium tanah lima kali sehari.
Jadi, beliau tidak mahu berjumpa dengan orang Mesir itu. Tetapi, selepas dipujuk oleh bapanya, beliau pun setuju untuk berjumpa. Beliau merancang untuk mengubah orang Mesir itu menjadi penganut Kristian. Jadi, beliau bersetuju untuk berjumpa dengan beberapa syarat. Antaranya beliau hanya akan berjumpa pada hari Ahad, selepas sembahyang di gereja. Beliau membawa sebuah kitab Bible, memakai salib yang besar dan memakai topi yang tertulis “Jesus is Lord”.

Pada hari yang ditetapkan, di sebuah kedai, beliau bersama bapanya bertemu dengan lelaki Mesir itu. Apabila masuk saja ke kedai, beliau bertanya bapanya, “Mana dia?” Bapanya menunjukkan ke arah seorang lelaki, “Itu dia di sana”. Beliau menjadi keliru dan berfikir “tidak mungkin orang itu adalah orang Islam”. Beliau tercari-cari orang yang berbadan besar, memakai jubah panjang, berserban besar di atas kepala, berjanggut panjang, kening yang tebal bersambung serta mempunyai sebilah pedang atau sebutir bom dalam bajunya.
Tapi, apa yang dilihatnya, orang Mesir itu tidak mempunyai janggut langsung, bahkan rambutnya hampir-hampir botak. Beliau disambut oleh orang Mesir itu dengan penuh mesra. Lalu terdetik dalam hatinya “Ini tidak masuk akal! Apakah makna semua ini?”. Sebelum ini, beliau menyangka yang orang Islam adalah pengganas dan pengebom.Walau apa pun, beliau tetap berhasrat untuk mengkristiankan lelaki tersebut.
Selepas saling berkenalan, beliau terus bertanya lelaki Mesir itu, “Adakah anda percaya kepada tuhan?”
Jawab lelaki Mesir: “Ya”.
Beliau bertanya lagi: “Adakah anda percaya kepada Adam dan Hawa?”
Jawab lelaki Mesir: “Ya”.
“Bagaimana dengan Nabi Ibrahim? Adakah anda percaya kepadanya dan percayakah yang dia mahu mengorbankan anaknya?”, tanya beliau.
“Ya”, jawab lelaki Mesir itu.
Beliau terus bertanya: “Anda percaya kepada Musa dan ajarannya? Anda percaya Laut Merah itu terbelah dua?”
Jawab lelaki Mesir: “Ya”.
Kemudian beliau bertanya lagi: “Anda percaya kepada nabi-nabi lain, Daud, Sulaiman dan Yahya?”
Lelaki Mesir itu tetap menjawab “Ya”.
Seterusnya, sampailah masa untuk beliau bertanya soalan yang paling penting “Percayakah anda, Nabi Isa adalah utusan Tuhan?”
Jawab lelaki Mesir itu, “Ya”.
Estes mula berfikir, “Nampaknya kerja saya mudah kerana dia percaya kepada semua perkara yang dipercayai oleh orang Kristian. Dia hanya menunggu masa untuk dibabtiskan”.
Pada musim bunga 1991, Estes terkejut apabila mengetahui orang-orang Islam percaya pada kitab Injil. Bukan itu sahaja, beliau juga turut tahu yang orang Islam percaya bahawa Nabi Isa adalah utusan Tuhan yang benar, seorang nabi, dilahirkan tanpa adanya bapa dan akan muncul sebelum hari kiamat dan memimpin orang beriman memerangi orang kafir.
Oleh kerana orang Islam mempercayai fakta-fakta tersebut, Estes berfikir yang beliau mampu mengkristiankan Mohammad, lelaki Mesir itu. Selepas pertemuan pertama dulu, Estes dan bapanya bersetuju untuk menjalan perniagaan dengan Mohammad. Sejak dari itulah, Estes sering mengajak Mohammad untuk berbual-bual dan berbincang tentang agama Kristian. Tetapi, beliau tidak pasti adakah hasratnya akan tercapai?
Suatu hari, Estes mendapat tahu yang Mohammad akan berpindah dari rumah yang dia tinggal sekarang dan mahu tinggal di masjid buat sementara waktu. Setelah berbincang dengan bapanya, beliau mengajak Mohammad untuk tinggal sahaja di rumahnya.
Ditakdirkan seorang kawan Estes yang juga seorang paderi telah mendapat serangan jantujg dan terpaksa tinggal di hospital. Estes mengajak Mohamad untuk menziarahinya dengan harapan dapat berbincang tentang agama dan kepercayaan. Tetapi, sahabat beliau itu kurang berminat dan tidak mahu mengambil tahu langsung tentang Islam.
Kebetulan, turut berkongsi bilik dengan kawan Estes itu adalah seorang pesakit yang berkerusi roda. Estes melihat dia begitu murung dan seoalah-olah memerlukan sesautu untuk ketenangan. Lalu, Estes pun menasihatinya tantang Tuhan dan membacakan kitab Bible kepadanya. Akhirnya, lelaki berkerusi roda itu mengaku yang dia adalah seorang paderi Katolik. Estes terperanjat. Rupanya dia memberi nasihat kepada seorang paderi juga. Namanya ialah Peter Jacob. Selama 12 tahun, Peter menjadi mubaligh di Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico dan New York.
Selepas Peter dibenarkan keluar dari hospital, Estes mengajaknya untuk turut berehat dan tinggal bersama beliau dan Mohammad. Bapa Estes dan Peter bersetuju. Semasa Peter tinggal bersama Estes, mereka selalu berbincang tentang hal-hal agama. Bapa Estes membawa kitab Bible versi King James, Estes sendiri membawa Bible versi standard dan isteri Estes pula membawa versi yang berlainan seperti Jimmy Swaggart yang berjudul Good News for Modern Man. Mereka berbincang kitab manan yang betul dan cuba meyakinkan Mohammad untuk memeluk agama Kristian.
Tetapi apabila Estes bertanya kepada Mohammad tentang al-Quran, beliau agak hairan apabila diberitahu yang al-Quran hanya ada satu versi sahaja. Ia tidak pernah diubah dari sejak ia wujud 1400 tahun yang lalu. Beratus-ratus ribu umat Islam di serata pelusuk dunia yang menghafal al-Quran dari kulit ke kulit. Estes merasakan ini suatu perkara yang mustahil.
Suatu hari, Peter ingin mengikut Mohammad ke masjid untuk melihat sendiri keadaan di sana. Selang beberapa hari, Peter ingin mengikut sekali lagi Mohammad ke masjid. Kali ini lebih lama. Estes berasa bimbang. Lewat malam barulah mereka pulang ke rumah. Sejurus Mohammad sampai ke rumah, Estes terkejut melihat Mohammad pulang dengan seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah. Pada mulanya Estes tidak mengenali lelaki itu. Akhirnya, dia kenal rupa-rupanya lelaki itu adalah Peter. Estes bertanya: “Peter, adakah kamu sudah memeluk Islam?” Peter menjawab “Ya”.
Estes sangat terkejut dan terus naik ke tingkat atas memikirkan perkara ini. Beliau berbincang dengan isterinya. Tidak dijangka, isteri beliau juga menyatakan hasrat yang sama, ingin memeluk agama Islam. Estes bertambah terkejut dan semakin bingung. Lantas, beliau turun semula ke bilik Mohammad dan mengajaknya berbincang tentang Islam sepanjang malam tersebut.
Apabila tiba waktu Subuh dan sampai masanya bagi umat Islam sembahyang Subuh, Estes sedar yang kebenaran sudah sampai. Sekarang, terpulanglah kepada beliau untuk menentukan pilihan. Beliau pergi ke belakang rumah dan mengambil sekeping papan lapis. Kemudian, beliau meletakkannya di atas tanah dan sujud ke arah kiblat di atas papan tersebut. Dalam kedudukan itu, beliau menyeru “Ya Tuhan, kalau Engkau berada di sana, bimbinglah aku, bimbinglah aku”.
Apabila beliau mengangkat kepala, beliau tidak menyedari sesuatu yang pelik pun. Tidak mendengar suara kicauan burung, tidak mendengar malaikat turun dari langit, tidak mendengar muzik, suara atau pun cahaya. Apa yang beliau sedar ialah beliau mesti berhenti menipu dan melakukan perkara yang salah. Beliau mesti jujur dan tahu apa yang perlu dilakukan.
Kemudian, Estes masuk ke dalam rumah dan terus mandi. Beliau menganggap mandi itu sebagai pencuci semua dosanya. Beliau berazam untuk suatu kehidupan yang baru. Lebih kurang pukul 11.00 pagi hari itu, beliau berdiri di hadapan dua orang saksi, Mohammad dan Peter, lalu mengucapkan syahadah.
Beberapa minit kemudian, isterinya pula mengucapkan shahadah yang sama di depan tiga orang saksi. Bapanya pula menunggu beberapa bulan sebelum mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang Muslim. Ibu tirinya juga turut mengakui kebenaran Islam di akhir hayatnya.
Lahirlah seorang Yusof Estes. Beliau mengajak kita semua berfikir. Bagaimana seisi rumah yang berasal dari pelbagai etnik dan latar belakang bersatu bagi mencari kebenaran dan memuja Pencipta alam semesta. Fikirkanlah bagaimana seorang paderi Katolik, seorang paderi muzik dan pendakwah Kristian telah menerima kebenaran Islam. Katanya “Hanya dengan berkat dan petunjuk Allah swt kami mampu melihat kebenaran Islam. Allah swt membuka tabir yang menutup mata, telinga dan hati kami. Allah yang membimbing kami ke jalan yang benar”…

Justeru, kenapa perlu berasa hairan? Jika itulah kehendak Allah, seorang yang bernama Michael Jackson juga menemui kebenaran yang sama. Tugas kita adalah terus teguh menyampaikan kebenaran Islam ini. Serahkanlah urusan hidayah kepada pemiliknya,Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya.
(Cerita ini diambil daripada catatan yang ditulis sendiri oleh Yusof Estes. Rujukan: Kisah-kisah Paderi Memeluk Islam, terbitan Islamic Propagation Society International (IPSI)


shbt yang dikasihi marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayahnya kpd kita..kerana kita haruslah ingat bahawa Allah berhak membolak balikkan hati hamba2nya yang dia kehendaki.
renung-renungkan lah.....
sekian wassalam...