Sunday, February 14, 2010

KENALI ULAMA' MAZHAB KITA.....



NASAB KETURUNAN IMAM ASY-SYAFI’I RAHIMAHULLAH.

Nama Imam Asy-Syafi’i Rahimahullah ialah Muahammad bin Idris bin al-'Abbas bin 'Utsman bin Syafi’i bin as-Saib bin 'Ubid bin Abdul Yazid bin Hasyim bin al-Muththalib bin 'Abdul Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Ghalib Abu 'Abdillah al-Qurasyi asy-Syafi’i al-Makki ,keluarga terdekat Rasulullah s.a.w dan puteranya.

Nama lain bagi Imam Asy-Syafi’I ialah Muhammad bin Idris bin Abas bin Uthman bin bin Syafi’I bin Saab bin Abdul Yazid bin Hashim bin Muthatalib bin Abdul Manaf bin Qasa bin Kalab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ya bin Qhalib bin Fahar bin Malik bin Qhadar bin Kinanah bin Khazimah bin Mudarikah bin Elias bin Madar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan bin A’ad bin A’aad bin al-Hamisi’ bin Nabayut bin Ismail bin Ibrahim , Kalil ar-Rahman Alaihi Salam iaitu anak sudara Rasulullah s.a.w.

Al-Muthtalib adalah saudara Hasyim, merupakan ayah kepada 'Abdul Muthtalib, datuk kepada Rasulullah s.a.w dan Imam asy-Syafi’i bertemu nasabnya dengan Rasulullah s.a.w pada 'Abdi Manaf bin Qushay, datuk kepada Rasulullah s.a.w yang ketika.

Tahun kelahiran Imam Asy-Syafi’i ,telah disepakati oleh para ulama’ bahawa beliau telah dilahirkan pada 150H, yang merupakan tahun kewafat Imam Abu Hanifah rahimahullah. Terdapat riwayat yang lain, lahirnya Imam Asy-Syfi’i pada malam kewafatan Imam Abu Hanifah rahimahullah,. Hal ini telah mengisyaratkan bahawasanya Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menggantikan Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam bidang yang telah diceburinya.

Ada pendapat bahawa Imam Asy-Syafi’i rahimahullah dilahirkan pada hari meninggalnya Imam Abu Hanifah. Tetapi ada pendapat yang menyangkan kenyataan ini tidak benar dan ada juga ada yang menyatakan kenyataan ini adalah lemah, kerana Abdul Hassan Muhammad bin Husain bin Ibrahim rahimahullah dalam Manaqib Asy-Syafi’i meriwayatkan dengan sanad jayyid, bahawa Imam ar-Rabi’ bin Sulaiman rahimahullah berkata: Ucapan ini mudah difahami, bahawa yang dimaksudkan dengan ( Hari ) kematian masa atau zaman.

Menurut pendapat yang sahih, Imam Abu Hanifah rahimahullah wafat pada tahun 150H. Ada yang berpendapat bahawa beliau wafat pada tahun 151H, ada juga pendapat yang lainnya mnyatakan pada tahun 153H, tetapi saya tidak menemukan dalam buku-buku sejarah yang menyebutkannya bulanya secara pastinya. Tetapi tidaklah para sejarahwan berselisihan faham sebagaimana yang telah mereka kemukakan bahawa Imam asy-Syafi’i rahimahullah lahir pada tahun 150H, namun tidak ada sejarahwan telah memastikan bulannya. Inilah yang telah dikatakan oleh Imam ar-Rabi’ bin Sulaiman tersebut mungkin mudah memahami sesuatu ayat tidak hanya melalui tersurat,malah ianya perlulah difahami dengan cara ta’wil yaitu yang dimaksudkan dengan (hari) ialah zaman atau masa.

Imam asy-Syafi’i Rahimahullah berasal dari suku Quraisy dan dan menurut ijma’ beliau berasal dari keturunan Muthatalib. Ibu beliau pula berasal dari suku 'Azdiyah

Manakala tempat kelahiran beliau juga terdapat banyak riwayat. Tempat kelahiran bliau yang mahsyur diriwayatkan adalah di Kota Ghazzah. Ada juag pndapat lain menyatakan beliau telah dilahirkan di kota 'Asqalan sedangkan ada juga pendapat yang lain telah menyatakan beliau dilahirkan di Yaman.

Dalam riwayat yang lain Ibnu Abi Haitim rahimahullah, dari 'Amar bin Sawad, ia telah berkata asy-Syafi’i rahimahullah berkata kepadaku : 'Aku telah dilahirkan di negeri Asqalan. Ketika aku masih kecil pada usia dua tahun, ibuku telah membawa masuk ke Mekkah”.

Sementara Imam al-Baihaqi telah menyebut sanadnya, dari Muhammad Bin Abdillah bin Abdul Hakim, ia berkata: "Aku mendengar Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata : 'Aku dilahirkan di negeri Ghazzah kemuadian dibawa ke Asqalan.’

Selain itu, terdapat di dalam riwayat yang lain daripada Ibnu Abi Haitaim rahimahullah yang telah mriwayatkan dan sanadnya telah sampai kepada putera saudaranya, Abdullah bin Wahb rahimahullah , ia berkata : “ Aku mendengar Muammmad bin Idris asy-Syafi’i rahimahullah telah berkata : “ Aku telah dilahirkan di Yaman, selepas itu ibunya telah membawanya ke Mekkah pada usia beliau berusia sepuluh tahun.”

Imam al-Baihaqi rahimahullah teah melihat riwayat-riwayat ini, dengan menyebutkan riwayat kepada puteranya saudaranya , Abdullah bin Wahb, ia mengatakan : “ Begitulah yang terdapat dalam riwayat, bahawa Imam asy-Syafi’i rahimahullah dilahirkan di Yaman , tetapi ada pndapat yang sahih ialah beliau almarhum telah dilahirkan di kota Ghazzah.”

Selanjutnya al-Baihaqi rahimahullah berkata : “ Ada kemungkinan yang ia maksudkan adalah tempat yang dihuni oleh sebahagian keturunan Yaman di kota Ghazzah.”

Selain itu juga al-Baihaqi rahimahullah selanjutnya telah berkata : “ Seluruh riwayat menunjukkan bahawa Imam asy-Syafi’i rahimahullah dilahirkan di kota Ghazzah, kemudian ia dibawa ke Asqalan, lalu selepas itu barulah ibunya telah membawa beliau ke Mekkah.”

Disamping itu Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata : “Tidaklah ada petentangan antara satu riwayat dengan riwayat yang lain kerana Asqalan adalah kota yang sejak dahulu telah terkenal sedangkan Ghazzah berdekatan dengannya. Jadi Imam asy-Syafi’I mengatakan beliau telah dilahirkan di Asqalan , maksudnya adalah kotanya, sedangkan Ghazzah adalah kampung .”

Manakala Ibnu Hajar rahimahullah kembali berkata: “ Semua pendapat boleh dikatakan bahawa Imam asy-Syafi’i bahawa beliau dilahirkan di sebuah tempat yang dinamakan Ghazzah di Asqalan. Ketika beliau memasukki umur dua tahun, ibunya telah membawanya ke Hijaz dan bergaul dengan penduduk itu yang terdiri daripada orang-orang Yaman, kerana ibunya ke Mekkah keranya ibunya khuwatirkan nasabnya yang mulia akan lenyap dan dilupakan.

Dengan pengabungan riwayat-riwayat ini, maka jelaslah dan hilanglah pertentangan anatara perawi antara seluruh riwayat.

Beliau juga datang dari keluarga yang miskin dan telah diusir keluar dari negerinya, lalu hidup di perkampungan orang Yaman. Tetapi disebabkan kemuliaan yang telah ada pada keturunan keluarga beliau tetap dimuliakan. Hal ini dapat menebus kembali kemiskinan yang telah menimpa beliau dan keluarga.

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah ketika beliau masih kecil, beliau telah pun kehilangan ayah kandungnya. Pada usia dua tahun lagi ibunya telah membawa beliau ke Mekkah.Menurut pendapat yang lain beliau menjadi yatim pada usia sepuluh tahun. Ibu Imam Asy-Syafi’i rahimahullah bernam Fatimah binti Abdullah Az-diyah yang berasal daripada keturunan Al Azd.

Beliau disabitkan kepada datuknya yang bernama Syafi’i bin as-Said,seorang sahabat yang kecil sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w ketika masih muda.

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di sebuah tempat yang bernama Fusthath, pada ketika itu maka datanglah kepadanya as-Said bin 'Ubid bersama puteranya asy-Syafi’i bin Saib:, maka Rasulullah s.a.w memandangnya lalu bersabda:

“Adalah suatu kebahagiaan bila seseorang mirip dengan ayahnya”.

As-Said bin 'Ubid sendiri mirip dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perang badar beliau te;ah memegang bendera Bani Hasyim berdama kaum musyrikin. Setelah beliua ditawan dan menebus dirinya untuk memeluk Islam. Ketika itu ia ditanya, “ mengapa enkau tidak mmeluk Islam sebelum enkau menebus dirimu?” Ia menjawab : “ Tidak patut aku memasuki tanah haram (tidak menebus diri terhadap) kaum mukminin, kerana keinginan mereka yang demikian adalah besar bagiku.”

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Pertumbuhan dan kegiatan dalam mencari ilmu Imam asy-Syafi’i adalah seorang yang sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Disebabkan kesempitan hidup beliau, keadaan beliau menjadi lemah dalam menghadapi kehidupan. Setelah beliau setelah Allah s.w.t memberikan kepadanya taufiq serta hidayah beliau mula bangkit dari keadaan yang lemah terus menempuhi kehidupannya dengan jalan yang benar. Setelah ibunya membawanya ke hijaz, iaitu kota Makkah menurut riwayat terbanyak atau tempat yang dekat dengan Makkah. Maka mulalah Imam asy-syafi’i rahimahullah memulakan pembelajaranya dengan menghafal kitab suci Al-quran sehingga beliau telah menghabiskan panghafalan beliau dalam usia yang sangat muda iaitu pada usia tujuh tahun.

Imam asy-syafi’i rahimahullah pernah bercerita: Aku hidup sebagai anak yatim dalam asuhan ibuku. Ibuku tidak mampu membiayai gaji seorang guru untuk mengajarku. Tetapi itu redha dan megimpikan bahawa akulah yang akan menjadi penggantinya nanti. Maka, setelah aku menamatkan al-quran maka aku sering menghadiri pembelajaran dimasjid bersama-sama ulama’ untuk menghafal hadits dan juga masalah agama, sementara tempat tinggal kami terletak dijalan bukit al-Khaif. Aku menulis dengan apa sahaja yang boleh dijadikan tempat aku menulis kembali apa yang telah aku hafal serta segala pembelajaranku. Sehiggakan aku menulis diatas tulang-tulang.Setalah banyak , maka tulang-tulang yang telah banyak dengan berisi denagn tulisan itu akan aku masukkan kedalam karungku.”

Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata: Aku datang ke Makkah dalam sekitar usiaku sepuluh tahun. Setelah aku bergabung sengan anak suadaraku disana , maka ketika itu anak saudaraku telah menasihatiku, ʽJanganlah trgesa-gesa dalam menuntut ilmu ini dan bersunggug-sungguhlah atas apa yang manfaat bagimu.” Maka, setelah aku mendengar nasihat nak suadaraku itu aku telah merasakan kelazatan dalam menuntut ilmu, sehingga Allah s.w.t telah menganugerahkan rezeki kerananya.” Dan katanya lagi .ʽ Aku miskin, tidak pula mempunyai harta dan aku belajar ketika masih usia yang sangat muda. Untuk mendapatkan ilmu. Aku harus pergi ke perpustakaan dan menggunakan bahagian luar dari kulit yang aku temui untuk menulis ilmu.”

Selain itu juga, Imam asy-Syafi’i rahimahullah juga sangat tekun dalam pembelajaran beliau, sehinggal ia hafal al-Quran dalam usia yang sangat muda pada umur tujuh tahun dan menghafal kitab al-Muwatha’ (karya Imam Malik rahimahullah) dalam usia sepuluh tahun. Pada saat usia beliau 15 tahun , ada juga telah menyatakan bahawanya berusia 18 tahun , Imam asy-Syafi’i rahimahullah berfatwa setelah diizinkan oleh Muslim bin Khalid az-Zanji rahimahullah.

Imam asy-Syafi’i rahimahullah memberikan sepenuhnya perhatian yang besar kepada syair bahasa sehingga beliau telah menghafal syair dari kaum Hudzail, bahkan ia hidup bergaul 10 tahun dan 20 tahun menurut satu riwayat. Maka dengan beliau telah mengajar kepada mereka bahasa arab dan balaqhahnya. Imam asy-Syafi’i banyak mempelajari hadits kepada syaikh dan imam. Beliau juga membaca sendiri kitab al-Muwatha’ di hadapan Imam Malik bin Anas rahimahullah.

PENGEMBARAAN ILMU IMAM ASY-SYAFI’I DALAM MENUNTUT ILMU.

Setelah Imam asy-Syafi’i rahimahullah menghafal al-Quran al-Karim di Makkah, beliau gemar mempelajari sya’ir dan bahasa, sehinggakan beliau hidup dan bergaul bersama-sama kaum Hudzail untuk menghafal sya’ir-sya’ir mereka. Hal ini dapat menyatakan bahawa Imam asy-Syafi’i telah menghafal sya’ir-sya’ir sejak kecil lagi. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Abarri rahimahullah melaui sanad ar-Rabi’ bin sulaiman rahimahullah ia berkata : Aku mendengar Imam asy-syafi’i berkata: Ketika aku berada di sebuah tempat belajar , aku mendengar seorang guru yang sedang mengajarkan satu kalimat, lalu aku menghafalnya. Katanya lagi: aku keluar dari Makkah kemudian menetap ditengah-tengah suku kaum Hudzail di pendusunan. Aku mempelajari bahasanya, mengambil ucapan-ucapan mereka, dan mereka adaah kabilah yang paling fasih di dalam penguasaan bahasa arab.

Contoh sya’ir yang telah dihafal Imam asy-Syafi’i ialah:

ولا الشعر بالعظمأ يزرى

لكنت اليوم أشعر من لبيد

عند ييواقت القريض ودره

وعلى إكليل الكلام وتاجه

تربي على روض الربا أزهاه

ويرف في نادي الندى ديباحه

والشاعر المنطق أسود سالخ

والشعر منه لعابه ومجاجه

وعداوة اشعراء داء معضل

ولقد يهون على الكريم علاجه

إن الذي رزق اليسار ولم يصب

حمدا ولا أجرا لغير موفق

الجد يدني كل أمر شاسع

والجد يفتح كل باب مغلق

وإذا سمعت بأن مجدودا حوى

عودا فأثمر في يديه فصدق

وإذا سمعت بأن محرومأ أتى

ماء ليشربه فغاض فحقق

لو كان بالحيل الغى لو جدتني

بنجموم أقطار السماء تعلقي

لكن من رزق الحجى حرم الغى

ضدان مفترقان أي تفرق

ومن الدليل على القضاء وكونه

بؤس البيب وطيب عيش الأحمق

Imam al-Hakim rahimahullah mriwayatkan melalui Mish’ab az-zubairi, ia berkata : “Imam asy-Syafi’i membaca sya’ir Hudzail dengan menghafal lalu beliau berkata kepadaku: Jangan kamu ceritakan ini kepada sesiapa pun .’Di permualaan malam, ia mengulang-gulang bersama ayahku hingga subuh.”Pada awalnya, Imam asy-Syafi’i belajar sya’ir, peristiwa(sejarah) dan peperangan bangsa Arab serta sastera, setelah itu beliau belajar feqah. Yang telah mendorong beliau untuk mendalami ilmu feqah adalah kerana Imam asy-Syafi’i pada satu ketika beliau bermusafir bersama pembantunya.Apabila didalam perjalanan beliau membaca bait-bait sya’ir. Setelah iru pembantunya iaitu Mish’ab bin Abdullah az-Zubairi pun berkata: “Orang seperti kamu ini jika menjadi pensyair akan hilanglah kemuliaannya sebagai manusia, kecualilah engkau mendalami ilmu feqah.” Maka setelah hari itu, hati Imam asy-Syafi’I rahimahullah terusik dengan kata-kata pembantunya itu yang telah menyuruhnya untuk mendalami ilmu feqah, lalu beliau pun pergi kepada Muslim bin Khalid az-Zanji seorang mufti Makkkah dan berguru kepadanya. Setelah itu Imam asy-Syafi’i pergi ke Madinah berlajar sendiri bersama Imam Malik rahimahullah.

Diriwayatkan bahawa yang telah menyuruhnya mendalami ilmu feqah adalah gurunya sendiri iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji rahimahullah. Hal yang demikian telah tercatat di dalam riwayar al-Baihaqi melalui Abu Bakar al-Humaidi rahimahullah, ia berkata: “ Imam asy-Syafi’i rahimahullah bercerita : “ Aku keluar belajar ilmu nahwu dan sastera, kemuadian aku telah berjumpa dengan Syeikh Muslin bin Kalid az-Zanji rahimahullah lalu bertanya kepadaku , “ Wahai anak muda dimanakah kamu berasal ? “Aku menjawab : “Di jalan bukit al-Khaif.” “ Apakah suku kaummu ?” “ Darimanakah keturunan kamu ? “ Abu Manaf.” Maka guruku Syeikh Muslim pun berkata : “ Bagus, bagus. Allah s.w.t telah memuliakanmu didunia dan akhirat. Alangkah baiknya jika engkau mendalami ilmu feqah.

Beliau mengawalinya dengan menimbanya dari ulama-ulama kotanya, Mekkah, seperti Muslim bin Khalid, Dawud bin Abdurrahman al-‘Athar, Muhammad bin Ali bin Syafi’ –yang masih terhitung paman jauhnya-, Sufyan bin ‘Uyainah –ahli hadits Mekkah-, Abdurrahman bin Abu Bakar al-Maliki, Sa’id bin Salim, Fudhail bin ‘Iyadh, dan lain-lain. Di Mekkah ini, beliau mempelajari ilmu fiqih, hadits, lughoh, dan Muwaththa’ Imam Malik. Di samping itu beliau juga mempelajari keterampilan memanah dan menunggang kuda sampai menjadi mahir sebagai realisasi pemahamannya terhadap ayat 60 surat Al-Anfal. Bahkan dikatakan bahwa dari 10 panah yang dilepasnya, 9 di antaranya pasti mengena sasaran.

Walaupun banyak riwayat yang berbeza mengenai latarbelakang Imam asy-Syafi’i rahimahullah bagaimana beliau mendalami sesuatu ilmu itu tetapi semua kenyataan di atas telah menunjukkan bahawasanya Imam asy-Syafi’i rahimahullah telah memalui proses pembelajaran yang hebat dan mencabar. Hal ini telah menunjukkan Imam asy-Syafi’i rahimahullah telah menghafal al-Quran. Setelah itu, beliau pergi belajar sastera arab dan menghafal bait-bait sya’ir kepada suku kaum Hudzail di sekitar Makkah. Selepas itu, beliau telah mengubah arah dengan mendalami ilmu feqah kepada gurunya Syeikh Muslim bin Khalid az-Zanji, iaitu merupakan mufti Makkah pada ketika itu. Setelah itu Imam asy-Syafi’i rahimahullah telah banyak menimba ilmu daripada gurunya itu, barulah beliau mengadakan pengembaraan ke Madinahtul munawwarah.

Selepas itu Imam asy-Syafi’i telah meneruskan perancangannya dalam terus mendalami ilmu terutamanya ilmu feqah di Madinah. Sebelum beliau ke madinah beliau telah menghafal kitab al-Muwaththa. Dalam satu diwayat telah dinyatakan bahawa Imam asy-Syafi’i telah menghafal kitab al-Muwaththa pada umur beliau 10 tahun. Riwayat lain ada juga yang menyatakan beliau telah habis menghafal kitab tersebut dalam usia 13 tahun. Dalam perjalanan Imam asy-Syafi’i rahimahullah telah bertemu dengan Imam Malik rahimahullah, beliau telah bercerita: Aku keluar dari Makkah untuk bergaul dengan suku kaum Hudzail di ladang. Aku mengambil bahasa mereka dan aku mempelajari ucapan mereka. Hal ini kerana bahasa arab merekalah yang paling fasih.Setelah beberapa tahun aku tinggal bersama dengan mereka aku pun pulang ke Makkah. Lalu aku pun membaca bait-bait sya’ir kepada mereka dan menyebut mengenai peristiwa dan peperangan bangsa Arab. Ketika itu maka telah datanglah seorang dari suku az-zuhri , ia berkata kepadaku : Wahai Abu Abdillah, berat rasanya keindahan bahasa yang engkau kuasai itu tidak seimbang dengan ilmu feqah yang elah engkau dalami. Siapakah yang harus aku temui untuk mendalami ilmu tanyaku: Ia menjawab : Imam Malik rahimahullah.Maka timbullah minat aku dalam mendalami ilmu feqah.

Setelah daripada apa yang telah diriwayatkan Imam asy-Syafi’i pun terus meminjam buku tersebut kepada seorang lelaki di Makkah untuk menghafal. Lalu setelh habis beliau menghafal beliau pun pergi bertemu dengan gabenor Makkah untuk mengambil surat agar dapat bertemu dengan gabenor Madinah. Setelah mendapatkan surat daripada gabenor Makkah beliau terus berangkat bertemu pula dengan gabenor Madinah. Setelah sampai dihadapan gabenor Madinah,Imam asy-Syafi’i rahimahullah telah pun menyerahkan surat yang telah dibawa daripada gabenor Makkah kepada gabenor Madinah. Selepas gabenor tersebut mem baca surat tersebut beliau mengeluh dan berkata: Whai anak muda, aku lebih rela berjalan dari pandalaman Madinah ke pendalaman Makka daripada aku bertemu Imam Malik rahimahullah. Aku ini bukalah orang yang hina sehinggakan terpaksa berdiri dihadapan pintu rumahnya. Maka Imam asy-Syafi’i pun berkata: Undang saja beliau kesini. Tetapi sebaliknya jawapan yang telah diberikan oleh gabenor Madinah, lalu berkata: Tidak mungkin dia akan datang kepadaku. Sekirannya aku pergi kepadanya bersama pegawalku,maka aku mesti berkenderaan bersama dalam keadaan berlumuran debu lembah brulah beliau akan memanggilku masuk bertemu dengannya.Setelah itu aku pun berjanji dengan dia selepas waktu asar,dan berangkatlah kami kesana. Selepas sampainya kami disana maka pengawal yang mengikuti kami pun terus mengetuk pintu, lalu keluarlah seorang perempuan budak hitam.Lalu kami pun berkata: Beritahulah kepada tuanmu bahawa kami datang utusan gabenor Madinah. Maka budak perempuan itu pun masuk. Setelah lama menunggu budak itu keluar dan budak itu mengatakan bahawa jika mahu memberitahu masalah hendaklah secara bertulis dan jawapan yang akan diterima juga secara bertulis. Jika mahu belajar hadits maka datanglah pada hari yang telah ditentukan. Selapas itu gabenor Madinah pun berkata: Aku datang dengan membawa utusan gabenor Makkah. Selepas itu Imam Malik rahimahullah pun keluar dan duduk diatas kerusi yang telah disediakan oleh budak perempuan itu.

Imam Malik rahimahullah adalah seorang syeikh yang berbadan tinggi dengan berwibawa yang telah mengenakan baju gamis yang berwarna hijau.Gabenor Madinah pun telah menyerahkan surat utusan gabenor Makkah kepada Imam Malik rahimahullah. Kemudian gabenor itu berkata: Pemuda ini seorang yang terhomat, baik akhlak dan kepandaiannya,maka sampaikanlah hadits kepadanya.Selepas Imam malik rahimahullah mendengar kata-kata gabenor Madinah itu lalu beliau terus mencampak surat utusan ini lalu berkata: Subhanallah, ilmu Rasulullah s.a.w diambil dengan cara ini. Aku melihat ketegasan Imam Malik rahimahullah terhadap gabenor Madinah itu sehingga gabenor itu takut untuk berbicara, lalu aku pun terus mengenalkan diri. Aku adaah berketurunan Muthahalib, semoga menjadikan tuan sebagai orang yang soleh.Imam Malik pun bertanyakan, siapakah namamu? Aku menjawab: Muhammad. Ia berkata: wahai Muhammad bertakwalah kepada Allah. Tinggalkan maksiat, engkau akan menjadi orang besar.Aku menjawab:Insyaallah. Imam Malik rahimahullah pun berkata datanglah esok untuk membacakita al-Muwathha’ untukmu. Kataku: Saya bersungguh-sungguh menghafalnya.

Setelah itu bermulalah pembelajaran Imam asy-Syafi’i bersama Imam Malik rahimahullah. Imam Malik bergitu tertarik dengan Imam asy-Syafi’i yang mana sangat bagus didalam membaca hasil karangan Imam Malik rahimahullah sendiri. Setelah itu Imam asy-Syafi’i rahimahullah duduk di Madinah untuk menuntut Ilmu bersama Imam Malik rahimahullah sehinggalah gurunya itu meninggal dunia.

Setelah mendapat izin daripada gurunya untuk berfatwa, timbul keinginannya untuk mengembara ke Madinah, Dar as-Sunnah, untuk mengambil ilmu dari para ulamanya. Terlebih lagi di sana ada Imam Malik bin Anas, penyusun al-Muwaththa’. Maka berangkatlah beliau ke sana menemui sang Imam. Di hadapan Imam Malik, beliau membaca al-Muwaththa’ yang telah dihafalnya di Mekkah, dan hafalannya itu membuat Imam Malik kagum kepadanya. Beliau menjalani mulazamah kepada Imam Malik demi mengambil ilmu darinya sehingga Imam Malik rahimahullah wafat pada tahun 179H. Ketika beliau mendalami ilmu bersama Imam Malik rahimahullah, beliau juga mengambil ilmu dari ulama Madinah lainnya seperti Ibrahim bin Abu Yahya, ‘Abdul ‘Aziz ad-Darawardi, Athaf bin Khalid, Isma‘il bin Ja‘far, Ibrahim bin Sa‘d dan masih banyak lagi.

Selepas itu, Imam asy-Syafi’i telah meneruskan pegembaraan mencari ilmu ke negeri Yaman. Setelah tinggalkan Madinah, beliau pulang ke Makkah untuk menziarahi ibunyadan kepulanggannya juga tetap menyempurnakan diri mendengar sya’ir-sya’ir daripada suku Hudzail dan belajar kepada ulama’ Makkah.

Beliau juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya, sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa dengannya dan yang hidup sesudahnya. Namun, takdir Allah telah menentukan jalan lain baginya. Setelah mendapatkan nasehat dari dua orang ulama, yaitu Muslim bin Khalid az-Zanji -mufti kota Mekkah-, dan al-Husain bin ‘Ali bin Yazid agar mendalami ilmu feqah, maka beliau pun tersentuh untuk mendalaminya dan mulailah beliau melakukan pengembaraannya mencari ilmu.

Seterusnya Imam asy-Syafi’i rahimahullah meneruskan perjalanan megembara mendalami ilmu ke Yaman. Sekembalinya beliau dari Madinak ke Makkah, Imam asy-Syafi’i rahimahullah sibuk dengan ilmunya. Beliau terlalu mencintai ilmu tetapi kemiskinan yang menyelubungi dirinya yang menyukarkannya untuk memiliki kitab-kitab. Begitulah sifat-sifat yang mulia yang terdapat dalam diri para ulama’ iaitu sangat mencintai ilmu.Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

(منهومان لايشبعان طالب العلم وطالب دنيا)

“ Dua orang yang rakus yang tidak prnah kenyang: (iaitu) pencari ilmu dan pencari dunia.

MEHNAH DAN TRIBULASI YANG DILALU OLEH IMAM ASY-SYAFI’I RAHIMAHULLAH.

Sebagaimana dalam sejarah, Imam Syafi‘i hidup pada masa-masa awal pemerintahan Bani ‘Abbasiyah yang berhasil merebut kekuasaan dari Bani Umayyah. Pada masa itu, setiap khalifah dari Bani ‘Abbasiyah hampir selalu menghadapi pemberontakan orang-orang dari kalangan ‘Alawiyyin. Kenyataan ini membuat mereka bersikap sangat kejam dalam memadamkan pemberontakan orang-orang ‘Alawiyyin yang sebenarnya masih saudara mereka sebagai sesama Bani Hasyim. Dan hal itu memberi kesan yang mendalam pada kaum muslimin secara umum dan pada diri Imam Syafi‘i secara khusus. Dia melihat orang-orang dari Ahlu Bait Nabi menghadapi masalah yang dari pihak penguasa. Maka perbezaan dengan sikap ahli feqah selainnya, beliau pun menampakkan secara terang-terangan rasa cintanya kepada mereka tanpa rasa takut sedikitpun, suatu sikap yang saat itu akan membuat pemiliknya merasakan kehidupan yang sangat sulit.

Sikapnya itu membuatnya dituduh sebagai orang yang bersikap tasyayyu‘, padahal sikapnya sama sekali berbeda dengan tasysyu’ seperti orang-orang syi‘ah. Bahkan Imam Syafi‘i menolak keras sikap tasysyu’ malah mereka itu yang meyakini bahawa keimaman Abu Bakar, Umar, serta ‘Utsman , dan hanya meyakini keimaman Ali, serta meyakini sangat para imam mereka. Sedangkan kecintaan beliau kepada Ahlu Bait adalah kecintaan yang didasari oleh perintah-perintah yang terdapat dalam Al-quran mahupun hadits-hadits shahih. Dan kecintaan beliau itu membuatnya dianggap oleh orang-orang syiah sebagai ahli fiqih madzhab mereka.

Tuduhan dusta yang diarahkan kepadanya bahwa dia hendak mengobarkan pemberontakan, membuatnya ditangkap, lalu digelandang ke Baghdad dalam keadaan dibelenggu dengan rantai bersama sejumlah orang-orang ‘Alawiyyin. Beliau bersama orang-orang ‘Alawiyyyin itu dihadapkan ke hadapan Khalifah Harun ar-Rasyid. Khalifah menyuruh bawahannya menyiapkan pedang dan hamparan kulit. Setelah memeriksa mereka seorang demi seorang, ia menyuruh pegawainya memenggal kepala mereka. Ketika sampai pada gilirannya, Imam Syafi‘i rahimahullah berusaha memberikan penjelasan kepada Khalifah. Dengan kecerdasan dan ketenangannya serta pembelaan dari Muhammad bin al-Hasan -ahli fiqih Irak-, beliau berhasil meyakinkan Khalifah tentang pendustaan diatas apa yang tuduhan kepadanya. Akhirnya beliau meninggalkan Harun ar-Rasyid dalam keadaan bersih dari tuduhan daripada bersubahat dengan ‘Alawiyyin dan mendapatkan kesempatan untuk tinggal di Baghdad.

Di Baghdad, beliau kembali pada kegiatan asalnya, mencari ilmu. Beliau meneliti dan mendalami madzhab Ahlu Ra’yu. Untuk itu beliau berguru dengan mulazamah kepada Muhammad bin al-Hassan. Selain itu, kepada Isma‘il bin ‘Ulayyah dan Abdul Wahhab ats-Tsaqafiy dan lain-lain. Setelah meraih ilmu dari para ulama Irak itu, beliau kembali ke Makkah pada saat namanya mulai dikenal. Maka mulailah ia mengajar di tempat dahulu ia belajar. Ketika musim haji tiba, ribuan jemaah haji datang ke Makkah. Mereka yang telah mendengar nama beliau dan ilmunya yang mengagumkan, bersemangat mengikuti pengajarannya sampai akhirnya nama beliau makin dikenal luas. Salah satu di antara mereka adalah Imam Ahmad bin Hanbal.

Ketika kamasyhurannya sampai ke kota Baghdad, Imam Abdurrahman bin Mahdi mengirim surat kepada Imam Syafi‘i rahimahullah memintanya untuk menulis sebuah kitab yang berisi khabar-khabar yang maqbul, penjelasan tentang nasikh dan mansukh dari ayat-ayat Alquran dan lain-lain. Maka beliau pun menulis kitabnya yang terkenal, Ar-Risalah.

Setelah lebih dari 9 tahun mengajar di Mekkah, beliau kembali melakukan perjalanan ke Irak untuk kedua kalinya dalam rangka menolong madzhab Ash-habul Hadits di sana. Beliau mendapat sambutan meriah di Baghdad karena para ulama besar di sana telah menyebut-menyebut namanya. Dengan kedatangannya, kelompok Ash-habul Hadits merasa mendapat angin segar karena sebelumnya mereka merasa didominasi oleh Ahlu Ra’yi. Sampai-sampai dikatakan bahwa ketika beliau datang ke Baghdad, di Masjid Jami ‘ al-Gharbi terdapat sekitar 20 halaqah Ahlu Ra ‘yu. Tetapi ketika hari Jumat tiba, yang tersisa hanya 2 atau 3 halaqah saja.

Beliau menetap di Irak selama dua tahun, kemudian pada tahun 197H beliau balik ke Mekkah. Di sana beliau mulai menyebar madzhabnya sendiri. Maka datanglah para penuntut ilmu kepadanya meneguk dari lautan ilmunya. Tetapi beliau hanya berada setahun di Makkah.

Tahun 198H, beliau berangkat lagi ke Irak. Namun, beliau hanya beberapa bulan saja di sana karana telah terjadi perubahan politik. Khalifah al-Makmun telah dikuasai oleh para ulama ahli kalam, dan terjebak dalam pembahasan-pembahasan tentang ilmu kalam. Sementara Imam Syafi‘i rahimahullah adalah orang yang faqih didalam ilmu kalam. Beliau tahu bagaimana pertentangan ilmu ini dengan manhaj as-salaf ash-shaleh –yang selama ini dipegangnya- di dalam memahami masalah-masalah syariat. Hal itu karena orang-orang ahli kalam menjadikan akal sebagai perkara pokok dalam menghadapi setiap masalah, menjadikannya rujukan dalam memahami syariat padahal mereka tahu bahwa akal juga memiliki keterbatasan-keterbatasan. Beliau tahu betul kebencian meraka kepada ulama ahlu hadits. Karena itulah beliau menolak madzhab mereka.

Dan begitulah kenyataannya. Provokasi mereka membuat Khalifah mendatangkan banyak musibah kepada para ulama ahlu hadits. Salah satunya adalah yang dikenal sebagai Yaumul Mihnah, ketika dia mengumpulkan para ulama untuk menguji dan memaksa mereka menerima paham Alquran itu makhluk. Akibatnya, banyak ulama yang masuk penjara, bila tidak dibunuh. Salah satu di antaranya adalah Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Karana perubahan itulah, Imam Syafi‘i rahimahullah kemudian memutuskan pergi ke Mesir. Sebenarnya hati kecilnya menolak pergi ke sana, tetapi akhirnya ia menyerahkan dirinya kepada kehendak Allah. Di Mesir, beliau mendapat sambutan masyarakatnya. Di sana beliau berdakwah, menebar ilmunya, dan menulis sejumlah kitab, termasuk kitabnya ar-Risalah.

GURU-GURU IMAM ASY-SYAFI’I RAHIMAHULLAH.

Muslim bin Khalid az-Zanji, adalah guru Imam asy-Syafi’i yang pertama. Menyusul kemudian ulama’-ulama’ di Makkah yang lain seperti Sufyan bin Uyainah, Said bin Al Kudah, Daud bin Abdurrahman, Al ’Attar dan Abdul Hamid bin Abdul Aziz.

Imam asy-Syafi’i rahimahullah pindah ke Madinah pada usia 13 tahun, untuk belajar dengan Imam Malik rahimahullah sehingga gurunya meninggal dunia. Guru lain di Madinah ialah Ibrahim bin Sa’ad al-anshari, Abdul Aziz Mhammad ad Dawardi , Ibrahim bin Yahya al Usmani, Muhammad Said bin Abi Fudaik dan Abdullah bin Nafi’i As Saigh.

Di antara guru-guru beliau di Yaman ialah Matraf bin Zin, Hasyim bin Yusuf, Hakim bin kota San’a, Umar bin Abi Maslamah dan Yahya bin Husen.

Di Irak beliau belajar kepada Muhammad bin al Hassan Waki’ bin Al Jarrah al Kufi, Abi Usamah Hammad bin Usamah al-Kufi, Ismail bin Athiah al Basri dan Abdul Wahab bin Abdul Majid al Basri.

Guru-guru Imam asy-Syafi’i ada yang menjuruskan perhatian kepada hadits ada yang mengutamakan pemikiran, ada juga berfahaman Mu’tazilah, ada juga bermazhab syi’ah, ada juga yang bermazhab lain dari itu semua. Belajar pada guru-guru yang berbagai mazhab itu banyak membantu beliau dalam memperdalami ilmu feqah dan ilmu-ilmu yang lainnya.

Di Bagdhad Imam asy-Syafi’i rahimahullah mempelajari hadia dan ijtihad dari Muhammad bin al-Hassan. Beliau sangat menghormati guru-guru beliau dan majilis-majilis ilmu yang beliau hadiri. Beliau tidak pernah terlepas dari menghadiri majilis-majilis tersebut dan tidak pernah berdebat dengan guru-guurnya kecuali diizinkan. Apabila guru-gurunya telah meninggal dunia beliau akan mnunggalkan majilis, beliaupun memperhatikan fiqh orang Madinag. Oleh kerana itu mereka menyayangi Imam asy-Syafi’i rahimahullah.

Pada suatu hari gurunya telah mengizinkannya untuk berdebatdengannya. Beliau menang dalam pendebatan itu, sehingga orang menganggap beliau seorang ahli fiqh dari Madinah dan sebagai sahabat Imam malik rahimahullah.

Seiring dengan bertambahnya ilmu beliau, keperbadian beliau juga turut semakin tinggi. Setelah itu maka mulalah beliau mengeluarkan pendapat sendiri sehinggakan kadang-kadang pendapatnya itu berlawanan dengan pendapat gurunya.

Beliau berpendapat bahawa orang yang banyak telah terlalu memuliakan Imam Malik rahimahullah. Di Spanyol(Andalusia), tetapi Imam Malik rahimahullah kebetulan ke sana dihormati untuk mendapatkan keberkatan. Biasanya orang yang memperkuatkan pendapatnya dengan mengemukakan sabda Rasulullah, tetapi tetapi mereka menguatkannya dengan perkataan Imam Malik rahimahullah. Dalam hal ini Imam asy-Syafi’i rahimahullah menegaskan bahawa Imam Malik rahimahullah ialah manusia biasa yang benar atau boleh juga dikatakan salah. Dengan yang demikian Imam asy-Syafi’i rahimahullah mula mengkritik pendapat Imam Malik rahimahullah. Beliau telah mengkritik buku karangan Imam Malik rahimahulla yang bertajuk ” Khilafu Malik”. Imam asy-Syafi’i menegaskan bahawa dalam buku tersebut tidak adanya ijtihad dalam masalah-masalah yang telah dijelaskan oleh hadis. Pada asalnya buku itu hanya disimpan sahaja didalam masa 2 tahun bersama urunya untuk menghormati durunya, sesudah itu barulah disebarkan.

Sikap beliau yang demikian adalah semata-mata bertujuan untuk memperbaiki fahaman mengenai agama, bukanlah untuk menyaingi ketinggian gurunya. Hal ini kerana beliau sering menyampaikan sesuatu yang ada berkaitan dengan gurunya tetapi beliau hanya menyebut ”al-ustaz” bukanlah dengan langsung menyebut namanya.

Imam asy-Syafi’i bukanlah saja mengkritik pendapat gurunya,iaitu Imam Malik rahimahullah sahaja malah pendapat Imam Abu Hanifah, al Auza’i dan lain-lain.

Hal ini kerana Imam asy-Syafi’i telah banyak mempelajari kitab-kitab karangan Muhammad bin Hassan ,dan guru-gurunya yang berada di Irak. Beliau juga sering berdikusi bersama dengan gurunya di Irak.Selain itu beliau juga sering berbincang dengan ahli fiqh Irak dan ahli fiqh Madinag dan sehinggakan beliau dapat menyatukan mereka.

Dengan ini memudahkan Imam asy-Syafi’i rahimahullah menyusun kaedah-kaedah dan perinsip-perinsip hukum sehingga menjadi terkenal sehingga sekarang.

WAFATNYA IMAM ASY-SYAFI’I RAHIMAHULLAH.

Karena kesibukannya berdakwah dan menebar ilmu, beliau menderita penyakit buasir yang selalu mengeluarkan darah. Makin lama penyakitnya itu bertambah parah hingga akhirnya beliau wafat disebabkan penyakit itu. Beliau wafat pada malam Jumat setelah solatt Isya’ hari terakhir bulan Rajab permulaan tahun 204 dalam usia 54 tahun. Semoga Allah memberikan kepadanya rahmat-Nya yang luas.

Ar-Rabi menyampaikan bahwa dia bermimpi melihat Imam Syafi‘i, sesudah wafatnya. Dia berkata kepada beliau, “Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu, wahai Abu Abdillah ?” Beliau menjawab, “Allah mendudukkan aku di atas sebuah kursi emas dan menaburkan pada diriku mutiara-mutiara yang halus”

Al-Muzani rahimahullah berkata ketika beliau melawat Imam asy-Syafi’i rahimahullah pada saat kesakitan yang membawa kematian beliau sangat bimbang dimanakah Allah akan tempatkan beliau. Beliau menangis sambil mengalirkan air mata beliau membaca bait-bait sya’ir:

Wahai Ilahi, Rabb makhluk semester,

Kepada Engkau aku ajukan pengharapan ,

Sekalipun aku seorang yang banyak melakukan dosa,

Wahai Zat pemilik kurnia dan kemurahan

Tatkala kalnuku keras dan jalan-jalan,

Aku jadikan pengharapan dari-Mu sebagai tangga,

Dosa-dosaku menguasai diriku,

Wahai Rabb,

Jauh lebih besar pengampunan-Mu,

Engkau senantiasa pengampunan segala dosa dan kesalahan,

Engkau tetap pemurahdan pemberi kurnia serta kemuliaan,

Maka andai tidak kerana kemuliaan-Mu

Tidaklah bertahan si penyembah iblis,

Bertapa tidak?

Bererti engkau mengampuni si pelaku kezaliman,

Yang penuh gemilang dosa,

Dan andai Engaku murka kepadaku,

Aku tidak akan putus harapan,

Sekalipun diriku dimasukkan ke jahanam,

Kerana dosa-dosa yang aku lakukan,

Sungguh besar disaku,

Baik sekarang mahupun dahulu,

Namun,

Ampunan-Mu lebih besar dan lebih banyak,

Wahai Zat Pemberi maaf.

Terdapat pendapat lain mengenai pengakhiran kehidupan Imam asy-Syafi’i rahimahullah.Penyakita buasir beliau bertambah kronik dan penderitaan beliau bertambah parah akibat terlalu kuat berkeja.Beliau juga telah mendapat nasihat oleh doktor supaya beliau lebih baik banyakkan berehat di rumah dan kurangkan duduk menulis dan membuat majilis ilmu.

Ketika doktor datang melawatnya beliau menyuruh beliau banyakkan berehat tetapi disebabkan kehidupan beliau telah sebati dengan ilmu maka beliau enggan meninggalkan aktiviti menulis dan mengadakan majilis-majilis ilmu.

Disebabkan Imam asy-Syafi’i usahanya untuk mengadakan majilis ilmu sering dicemburui oleh orang yang sangat taasub dengan Fityan,pada hari tersebut beliau diserang oleh sekumpulan pemuda.Mereka telah memukul Imam asy-Syafi’i rahimahullah sehingga pengsan. Setelah itu beliau diusung kembali ke rimahnya.Beliau meminta seorabg sahabatnya bertemu dengan Sayyidah Nafisah untuk mendoakan kesihatannya.Selepas itu Saiyyidah Nafisah pun berkata: Semoga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan baik dan semoga beliau berbahagia melihat-Nya.

Daripada jawapan yang diberikan oleh Saiyyidah Nafisah, detik bertemu beliau dengan Allah akan sampai juga masanya.Setelah itu apabila Imam asy-Syafi’i rahimahullah mendengar kata-kata ahli baitul Rasulullah itu belia mula tersenyum.Selepas itu kembalilah beliau kerahmatullah dengan di solatkan oleh Saiyyidah Nafisah.

KARYA-KARYA IMAM ASY-SYAF’I RAHIMAHULLAH.

Sekalipun beliau hanya hidup selama setengah abad dan kesibukannya melakukan perjalanan jauh untuk mencari ilmu, hal itu tidaklah menghalanginya untuk menulis banyak kitab. Jumlahnya menurut Ibnu Zulaq mencapai 200 bahagian, sedangkan menurut al-Marwaziy mencapai 113 kitab tentang tafsir, fiqih, adab dan lain-lain. Yaqut al-Hamawi mengatakan jumlahnya mencapai 174 kitab yang judul-judulnya disebutkan oleh Ibnu an-Nadim dalam al-Fahrasat.
Yang paling terkenal di antara kitab-kitabnya adalah al-Umm, yang terdiri dari 4 jilid berisi 128 masalah, dan ar-Risalah al-Jadidah (yang telah diversikan) mengenai Alquran dan As-Sunnah serta kedudukannya dalam syariat.

PUJIAN ATAU KUTUKAN

Benarlah sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam,
“Barangsiapa yang mencari ridha Allah meski dengan dibenci manusia, maka Allah akan ridha dan akhirnya manusia juga akan ridha kepadanya.” (HR. At-Tirmidzi 2419 dan dishashihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami’ 6097).
Begitulah keadaan para Imam Ahlus Sunnah, mereka menapaki kehidupan ini dengan menempatkan ridha Allah di hadapan mata mereka, meski harus dibenci oleh manusia. Namun keridhaan Allah akan mendatangkan berkah dan manfaat yang banyak. Imam Asy-Syafi`i yang berjalan dengan lurus di jalan-Nya, menuai pujian dan sanjungan dari orang-orang yang utama.
Karena keutamaan hanyalah diketahui oleh orang-orang yang punya keutamaan pula.

Qutaibah bin Sa`id berkata: “Asy-Syafi`i adalah seorang Imam.” Beliau juga berkata, “Imam Ats-Tsauri wafat maka hilanglah wara’, Imam Asy-Syafi`i wafat maka matilah Sunnah dan apa bila Imam Ahmad bin Hambal wafat maka nampaklah kebid`ahan.”
Imam Asy-Syafi`i berkata, “Aku di Baghdad dijuluki sebagai Nashirus Sunnah (pembela Sunnah Rasulullah).”

Imam Ahmad bin Hambal berkata, “Asy-Syafi`i adalah manusia yang paling fasih di zamannya.”
Ishaq bin Rahawaih berkata, “Tidak ada seorangpun yang berbicara dengan pendapatnya -kemudian beliau menyebutkan Ats-Tsauri, Al-Auzai, Malik, dan Abu Hanifah,- melainkan Imam Asy-Syafi`i adalah yang paling besar ittiba`nya kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wassalam, dan paling sedikit kesalahannya.”
Abu Daud As-Sijistani berkata, “Aku tidak mengetahui pada Asy-Syafi`i satu ucapanpun yang salah.”

Ibrahim bin Abdul Thalib Al-Hafidz berkata, “Aku bertanya kepada Abu Qudamah As-Sarkhasi tentang Asy-Syafi`i, Ahmad, Abu Ubaid, dan Ibnu Ruhawaih. Maka ia berkata, “Asy-Syafi`i adalah yang paling faqih di antara mereka.”

Selain itu beliau juga tidak terlepas daripada menerima kritikan. Sebahagian pengkritik menyatakan bahawa beliau bukanlah pembaru kerana tidak mampu membasmi golongan ektrim pada waktu itu. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa yang berhak menjadi khalifah ialah orang Quraisy dan sah, walaupun bai’it rakyat dalam keadaan terpaksa.Padahal kedualatan terletak ditangan rakyat.

Sealain itu beliau juga dikritik kerana mengatakan bahawa sekufu adalah antara kedua calon pengantin adalah syarat sah untuk berkhawin.Beliau berkata orang Quraisy hanya sekufu dengan orang Quraisy dan orang Arab dengan orang Arab.Hal ini berlainan dengan apa yang telah Allah berfirman yang bermaksud:

”Hai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki-lelaki dan perempuan, bersuku bangsa,hanyalah untuk saling mengenali. Sesungguhnya orang yang termulia diantara kamu adalah orang yang paling bertaqwa.”(QS Al Hujurat 13)

Dalam hal ini beliau mengambil jalan tengah bahawa berkhawin sekufu bukanlah haram yang boleh membatalkan akad. Ianya terpulang kepada pengantin perempuan atau walinya apabila mereka tetap tidak setuju maka nikah harus difaskh. Dan beliau sendiri berkata: Tidak ada hadis mengatakan bahawa kufu itu berdasarkan keturunan

.”PERBAHASAN DALAM DASAR-DASAR IMAM ASY-SYAFI’I DALAM MENETAPKAN AQIDAH

Imam asy-Syafi’i rahimahullah bukan sahaja pakar dalam bidang feqah tetapi beliau juga pakar dan penguasaan beliau dalam menguasai bidang lain juga amat dikagumi.Beliau juga sering membahaskan dalam menetapkan dasar-dasar aqidah.Hal ini kerana aqidah merupakan pokok penting dalam kehidupan manusia.Oleh itu Imam asy-Syafi’i rahimahullah menetapkan dasar-dasar aqidah seperti dasar-dasar Imam asy-Syafi’i rahimahullah menetapkan aqidah dan perbandingan dengan manhaj salaf dan mutakallimin.

Selain itu,beliau juga ada menetapkan aqidah pada manhaj mutakallimin(ahli ilmu kalam).Dalam dasar yang telah ditetapkan ia membincangkan mengenai ta’arif ilmu kalam.Beliau juga, menjelaskan mendahulukan aqal atas dalil syar’i serta menta’wil nash(ayat atau hadits).Beliau juga menyatakan bagaimana sikap ahlus sunnah wal jamaah terhadap ilmu kalam.

Pembahasan seterusnya, beliau juga membahaskan beriltizam terhadap al-Quran dan as-sunnah dan mendahulukan keduanya di atas akal.Selain itu,bagaimana menghormati pemahaman sahabat radhiyallahu anbum dan mengikuti mereka serta menjauhi pengikut hawa nafsu, perlaku bid’ah, ahli kalam dan (hendak) mencela mereka.

Di samping itu, aqidah Imam asy-Syafi’i rahimahullah dalam masalah keimanan dan manhaj dalam menetapkan keimanan.Beliau juga menyatakan hakikat imam dan masuknya amal pada pegangan iman.Selain itu juga,beliau membicarakan bertambah dan berkurangnya iman serta pengecualian dalam iman dan hubungannya dengan Islam.Beliau juga membahaskan pengecualian dalam iman dan perbezaan antara iman dan Islam.

Selain itu, Imam asy-Syafi’i rahimahullah juga membahaskan hukum pelaku dosa besar.Apa hukum meninggalkan solat dengan sengaja tanpa mengingkari kefardhuaannya. Selain itu ape hukum sihir dan juga penyihir.

Imam asy-Syafi’i juga menetapkan aqidah dalam masalah tauhid iaitu dalam masalah tauhid uluhiyyah.Selain itu, belia membicarakan mengenai hikmah disebalik penciptaan jin dan manusia serta beberapa masalah tentang kubur.beliau juga, menbahaskan bersumpah dengan selain Allah dan tathayyur. Pembahasan seterusnya ialah mengenai menisbatkan turunnya hujan hujan kepada bintang. Selaian itu juga, dibahaskan beberapa lafaz yang dapat mengurangkan kesempurnaan tauhid serta asy-syafaat dan juga membahaskan mengenai ruqyah.

Selain itu, Imam asy-syafi’i rahimahullah juga membahaskan mengenai tauhid rububiyyah serta tauhid asma’ dan sifat.Beliau juga membincangkan menetapkan hal-hal lain yang harus diimani. Seperti iman kepada para nabi alaihiwassalam,iman kepada hari kiamat,iman kepada qadha dan qadar. Selain itu juga, Imam asy-Syafi’i rahimahullah juga menetapkan aqidah ahlus sunnah wal jamaah tentang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

BIBIOGRAFI

Imam Fakhrudin al-Razi(1986),Manaqib al-Imam asy-Syafi’i.Maktabah Kulliat al-Azhariah,Kaherah

Imam Muhammad Abu Zahrah(1996),asy-Syafi’i Hayatuhu wa Asrahu,Darul fikri al-Arabi,Kaherah.

Al-Hafizh Ibnu Hajar Asqalani(1986),Manaqib al-Imam asy-Syafi’i Tawali at-tasis limaa’ni Muhammad bin Idris,Darul Kitab al-muallimiah,Bierut.

Dr. Mustafa as-syaka’ah(1984),Islam Bila Mazahib,draul Mustafa littiba’ah al-nashru,Bierut.

Dr. Suhail Zakar dan Al-muhaimi Ahmad Ghasan Sabanu(1980),Miah Awail min Turathina,Darul Milah,Damsyik.

Dr. Muhammad AW.Al-‘Aqil(2002),Manhaj al-Imam asy-Syafi’I fi Isbati al-a’qidah,Darul Imam asy-Syafi’i ,Bongor.

Imam Munawwir(1985),Mengenal Peribadi 30 Pendekar dan Penmikir Islam dari masa ke masa,Pt Bina Ilmu,Surabaya.

Abdurrahman Asy-Syarqawi(2000),Riwayat Sembilan Imam Fiqh,Pustaka Hidayah,Jakarta.


No comments: